GET PANDAI APP NOW

ArticlesNewsPandai

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2026 Dah Rasmi — Semua Tarikh Penting Yang Perlu Anda Tahu

Breaking: Lembaga Peperiksaan baru je keluarkan Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) SPM 2026 rasmi pada 18 Ogos 2026. Kalau dah lama tertanya-tanya bila SPM sebenarnya bermula, jawapan penuh dah ada. 

Oleh itu, dalam artikel ini kami dah breakdown kan semua tarikh penting — dari ujian lisan sampai kertas terakhir. Dengan itu, kita semua boleh mula plan dari sekarang, bukan last minute.

Namun, jangan risau kalau nampak macam banyak sangat. Kami dah susun ikut fasa dan kluster subjek, senang nak scan. Jom terus check.

Bila SPM 2026 Bermula? Jadual Penuh Di Sini

Fasa 1: Ujian Lisan & Amali (Oktober–November 2026)

Sebelum kertas bertulis bermula, ada beberapa ujian lisan dan amali yang perlu didahulukan. Oleh itu, jangan sampai terlepas pandang atau anggap remeh.  

Berikut jadualnya:

UjianTarikh
Ujian Bertutur Bahasa Melayu (1103/3)26–29 Oktober 2026
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (1119/3)2–5 November 2026
Ujian Amali Sains — Fizik (4531/3)16 November 2026
Ujian Amali Sains — Kimia (4541/3)17 November 2026
Ujian Amali Sains — Biologi & Sains Tambahan (4551/3, 4561/3)18 November 2026

Fasa 2: Peperiksaan Bertulis (23 November – 17 Disember 2026)

Inilah fasa utama yang semua orang tunggu. Peperiksaan bertulis bermula 23 November dan berakhir 17 Disember 2026 — hampir sebulan penuh. Untuk senangkan rujukan, ni ringkasan subjek utama ikut tarikh:

TarikhSubjek Utama
23 Nov (Isnin)Bahasa Melayu (Kertas 1, 2 & Ujian Mendengar)
24 Nov (Selasa)Bahasa Inggeris (Kertas 1, 2 & Ujian Mendengar)
25 Nov (Rabu)Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pertanian & subjek agama lain
26 Nov (Khamis)Matematik (Kertas 1 & 2)
30 Nov (Isnin)Sejarah (Kertas 1 & 2), Tasawwur Islam
1 Dis (Selasa)Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Reka Cipta
2 Dis (Rabu)Perniagaan, Biologi
3 Dis (Khamis)Sains, Fizik, Sains Rumah Tangga
7 Dis (Isnin)Ekonomi & subjek vokasional (Pembinaan, Pendawaian, Automobil, dll.)
8 Dis (Selasa)Bahasa Cina, Tamil, Iban, Kadazandusun, Arab
9 Dis (Rabu)Sains Sukan & subjek kejuruteraan/keusahawanan
10 Dis (Khamis)Bible Knowledge, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Sains Komputer
11 Dis (Jumaat)Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor — tiada peperiksaan
14 Dis (Isnin)Prinsip Perakaunan
15 Dis (Selasa)Kimia, Sains Tambahan
16 Dis (Rabu)Kesusasteraan, Geografi
17 Dis (Khamis)Matematik Tambahan — hari terakhir SPM 2026!

Nota: Jadual di atas ringkasan subjek utama sahaja. Untuk kod kertas, masa tepat dan subjek elektif penuh, rujuk JWP rasmi di pautan yang disertakan di bahagian bawah artikel ni.

Kluster Subjek — Senang Nak Plan Ikut Kumpulan

Kalau tengok jadual penuh, memang nampak padat. Namun, sebenarnya subjek-subjek ni datang dalam kluster semula jadi. Bila awak faham kluster ni, plan study akan jadi lebih senang:

Kluster Bahasa Wajib (BM & BI) — bermula paling awal, minggu pertama peperiksaan bertulis.

Selain itu, ada Kluster Sains & Matematik Teras — Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, tersebar dari akhir November hingga hari terakhir.

Untuk Kluster Kemanusiaan — Sejarah, Geografi, Ekonomi, Perniagaan, Prinsip Perakaunan.

Bagi Kluster Agama & Bahasa Ibunda/Elektif — Pendidikan Islam dan subjek berkaitan, Bahasa Cina/Tamil/Iban/Kadazandusun dan lain-lain.

Akhir sekali, Kluster Vokasional & Teknikal — pelbagai subjek kemahiran, kebanyakannya jatuh pada 7 Disember.

Tips Rangka Waktu Ikut Jadual Ni

Sekarang tarikh 19 Ogos 2026. Ujian lisan pertama bermula 26 Oktober, lebih kurang 10 minggu je lagi. Peperiksaan bertulis pula berakhir 17 Disember, iaitu sekitar 4 bulan dari sekarang.

Jadi, apa yang patut awak buat sekarang?

✔️Pertama, mulakan dengan subjek Bahasa dulu, sebab ujian lisan datang paling awal.
✔️Kedua, susun revision ikut kluster subjek, bukan ikut buku teks semata-mata.
✔️Ketiga, tandakan tarikh cuti (macam 11 Disember) sebagai hari rehat rasmi, bukan hari untuk cramming last minute.

Kalau awak belum ada rangka waktu study yang proper, kitorang dah tulis panduan penuh 3 bulan terakhir sebelum SPM. Baca jadual study 3 bulan terakhir di sini: https://blog.pandai.org/jadual-study-spm-3-bulan-terakhir/ 

Lepas Ni, Kita Sambung Cerita Pasal Stress

Jadual dah confirm, tapi realitinya — makin dekat tarikh, makin ramai yang start rasa cemas. Itu normal. Pertengahan September nanti, kami akan share tips khusus macam mana nak handle stress sebelum SPM, dengan cara yang realistic, bukan nasihat generik je. Jangan terlepas okay!

Muat Turun Jadual Penuh (PDF)

Ringkasan dalam artikel ni dah cukup untuk plan awal. Namun, untuk rujukan penuh — kod kertas, masa tepat, dan arahan khas ikut subjek — lagi senang kalau awak simpan salinan PDF sendiri. Boleh muat turun terus dan print untuk tampal atas meja study supaya senang nak check pada bila-bila masa.

Muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2026 penuh (PDF).

Sumber Rasmi

Jadual rasmi ni dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Boleh rujuk terus di portal rasmi: lp.moe.gov.my  ATAU klik terus sini https://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/1447-jadual-waktu-peperiksaan-sijil-pelajaran-malaysia-2026 

Tarikh dah ada, sekarang bola di padang awak. Ambil masa hujung minggu ni, letak semua tarikh penting dalam kalendar atau planner, dan mula rangka waktu study perlahan-lahan dari sekarang. Selamat berjuang💪

Senang je nak apa? Senang je nak Pandai.