Adik-adik, ibu bapa, ada yang dah lama guna aplikasi Pandai, kan? Tapi mungkin ada yang masih tertanya-tanya – apa sebenarnya fungsi setiap feature dalam app ni? Kenapa perlu guna “nyawa” untuk jawab soalan? Kumpul banyak coins tu untuk apa? Dan soalan PKSK, ada ke dalam Pandai? Macam-macam persoalan yang mungkin bermain dalam fikiran.
Tak perlu risau! Pandai tahu semua kekeliruan yang adik-adik rasa, dan kami sedia membantu. Kami dengan bangganya memperkenalkan Ask Support Anything – satu sesi khas di mana adik-adik boleh tanya apa sahaja soalan tentang Pandai, dan Kak Zila akan sedia menjawab semuanya!
Apa Yang Menarik Tentang Sesi Ini?
Sesi ini adalah peluang terbaik untuk adik-adik dan ibu bapa yang masih ada persoalan tentang aplikasi Pandai. Apa-apa saja yang tak jelas, Kak Zila sedia menjawab dengan cara yang mudah difahami. Tak perlu risau, sesi ni santai, interaktif, dan penuh dengan info-info berguna yang akan memudahkan pengalaman pembelajaran menggunakan Pandai.
Tak kisahlah sama ada adik-adik baru mula guna Pandai atau dah lama jadi pengguna setia, sesi ini pasti akan bantu meningkatkan keyakinan dalam memanfaatkan setiap feature yang ada dalam aplikasi.
Butiran Program:
📅 Tarikh: 27 September 2024 (Jumaat)
🕓 Masa: 4:00 petang – 5:00 petang
📍 Platform: Zoom Meeting
🔗 Klik untuk Sertai Sesi: https://us02web.zoom.us/j/82684505159?pwd=bcYa91fFHNWzPB3QEdiUizLc2E3KER.1
Kenapa Perlu Sertai?
Kalau adik-adik atau ibu bapa nak tahu cara terbaik guna Pandai, inilah masanya! Sesi ini bukan sahaja untuk jawab persoalan, tapi juga untuk bantu adik-adik jadi lebih yakin dan seronok belajar. Jangan lepaskan peluang – ajak ibu bapa sekali dan jom sertai sesi bersama Kak Zila pada 27 September ini.
See you there!