GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

PERHATIAN IBU BAPA: Bijak Urus Gadget, Anak Makin Hebat!

Dalam dunia digital pada masa kini, gajet seperti telefon pintar, tablet, dan komputer sudah menjadi sebahagian besar kehidupan anak-anak kita. Namun, cabarannya tetap besar, terutama jika gajet digunakan tanpa kawalan. Di sinilah peranan ibu bapa amat penting untuk memastikan teknologi menjadi platform pembelajaran yang menyeronokkan dan bermanfaat, bukan sekadar hiburan semata-mata.

Panduan Praktikal Urus Penggunaan Gajet Anak-Anak

1. Tunjukkan Contoh yang Baik

Anak-anak belajar daripada pemerhatian. Jika ibu bapa mengurangkan masa skrin semasa bersama keluarga, terutama waktu makan atau santai, anak-anak akan memahami bahawa teknologi bukanlah segala-galanya. Tindakan ini membentuk tabiat penggunaan gajet yang sihat untuk mereka.

2. Tetapkan Had Masa Penggunaan Gajet

Masa skrin yang berlebihan boleh menjejaskan tidur dan kesihatan mental anak-anak. Tetapkan had masa berdasarkan umur:

  • Prasekolah: Maksimum 1 jam sehari.
  • Sekolah Rendah: 2-3 jam sehari, termasuk masa untuk pembelajaran.

Pastikan gajet dimatikan sebelum waktu tidur untuk memastikan anak-anak cukup rehat. Untuk kawalan yang lebih mudah, gunakan aplikasi kawalan ibu bapa.

3. Pilih Kandungan yang Sesuai

Pastikan anak-anak hanya mengakses kandungan yang sesuai dengan umur mereka. Gunakan fungsi kawalan ibu bapa atau aplikasi khas untuk memantau aktiviti mereka. Sebagai contoh, galakkan mereka menggunakan gajet untuk aktiviti pembelajaran, bukan semata-mata hiburan.

4. Libatkan Diri dalam Aktiviti Anak

Ambil tahu dan sertai aktiviti anak-anak di gajet mereka. Sama ada menonton video, bermain permainan, atau menggunakan aplikasi pembelajaran, ia bukan sahaja memastikan penggunaan gajet yang positif tetapi juga mengeratkan hubungan dengan anak-anak.

5. Perkenalkan Aplikasi Pembelajaran

Manfaatkan teknologi dengan memperkenalkan aplikasi pembelajaran seperti Pandai, yang menawarkan:

✅ Kuiz, nota, dan battle berdasarkan silibus terkini.
✅ Live tuition yang menyeronokkan dan interaktif.

Dengan Pandai, pembelajaran jadi lebih menyeronokkan dan efektif!

Lebih Hebat dengan Pandai Parents

Aplikasi Pandai Parents membantu ibu bapa mengawal penggunaan gajet anak-anak sambil memantau perkembangan akademik mereka. Antara kelebihannya:

  1. Pantau Rekod Pembelajaran: Jejak subjek yang anak-anak mahir dan yang perlu diperbaiki.
  2. Jejak Aktiviti Harian: Ketahui apa yang dipelajari oleh anak setiap hari.
  3. Tetapkan Matlamat & Ganjaran: Beri dorongan dengan target dan ganjaran untuk pencapaian mereka.

Menguruskan gajet anak-anak mungkin mencabar, tetapi dengan pendekatan yang betul, teknologi boleh menjadi alat hebat untuk kejayaan mereka. Jadikan gajet bukan halangan, tetapi pendorong untuk kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak anda.

Muat turun dan Subscribe Pandai Premium sekarang dan jadikan gajet sebagai alat pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna!


Log in atau daftar di www.pandai.org 
Muat turun Pandai App melalui Google Play atau App Store.
Follow social media kami sekarang!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial