GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Jom ‘upgrade’ cara belajar dengan Teknik Belajar Pandai!

Pendidikan dalam talian semakin popular dengan pelbagai platform pembelajaran yang muncul. Salah satu inovasi terkini yang menarik perhatian ramai adalah Teknik Belajar yang diperkenalkan oleh Pandai. Adakah anda seorang pelajar yang ingin meningkatkan prestasi belajar? Jika ya, jom kita jelajah bagaimana kita boleh memulakan dan mantapkan perjalanan pembelajaran dengan Teknik Belajar ini.

Apa itu Teknik Belajar?

Teknik Belajar adalah sebuah kursus dalam talian yang direka khas untuk membantu pelajar memahami cara terbaik untuk belajar, mencapai kejayaan dalam peperiksaan, dan meningkatkan gaya pembelajaran mereka. Kursus ini terbahagi kepada tiga peringkat utama dan 22 sub-peringkat yang memberikan panduan dari persediaan sebelum memulakan pembelajaran, tip semasa pembelajaran, hingga kepada persiapan menghadapi peperiksaan.

Macam mana nak join Teknik Belajar?

Teknik Belajar boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi atau laman web Pandai. Untuk menggunakan aplikasi:

  1. Buka aplikasi Pandai dan klik pada ‘Belajar’.
  2. Pilih ‘Kelas’.
  3. Cari dan pilih ‘Teknik Belajar’.

Bagi pengguna laman web:

  1. Masuk ke laman ‘Kelas’ di laman web Pandai.
  2. Carilah ‘Teknik Belajar’.

Anda juga boleh sertai Teknik Belajar dengan lebih cepat melalui link ini: Teknik Belajar Pandai.

Kelebihan Teknik Belajar Pandai

Apabila anda menamatkan Teknik Belajar dalam Pandai, anda akan dapat pelbagai manfaat yang berguna seperti:

  1. E-sijil pencapaian sebagai pengiktirafan kepada pencapaian anda.
  2. Anda akan mengumpul 20 syiling daripada permainan Coin Quest untuk setiap kemajuan anda.
  3. Gelaran ‘Pakar Teknik Belajar’ akan dianugerahkan kepada anda sebagai pengiktirafan kepada kecekapan pembelajaran anda.

Cara Sertai Teknik Belajar Pandai

  1. Sertai semua peringkat (Peringkat 1 hingga Peringkat 3).
  2. Tonton video penerangan yang disediakan untuk setiap topik.
  3. Muat turun nota ringkas bagi setiap topik.
  4. Jawab kuiz yang disediakan bagi setiap topik.

Setelah semua langkah ini diikuti, anda akan dapat kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kecemerlangan dalam pembelajaran. Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Sertai Teknik Belajar sekarang dan mulakan perjalanan pembelajaran yang lebih baik dan berkesan!

Senang je Nak Pandai!


Log in or Sign Up at www.pandai.org | Download Pandai App now via Google Play or App Store
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook | Twitter | Tiktok | Instagram
#SenangJeNakPandai