GET PANDAI APP NOW

NewsPandai

KENYATAAN RASMI PIHAK PENGURUSAN PROGRAM JUARA DELIMA PANDAI

‘Juara Delima Pandai’ merupakan pertandingan akademik percuma yang terbuka kepada semua pelajar Malaysia berumur 7 hingga 17 tahun. Dianjurkan oleh Pandai Education, pertandingan ini berlangsung dari Jun hingga Oktober 2025 dan bertujuan untuk memupuk minat belajar melalui pendekatan interaktif, gamifikasi, serta pemerkasaan teknologi dan AI dalam pendidikan. Pelajar boleh menyertai secara sukarela tanpa langganan berbayar dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik setiap bulan. Sebagai rakan strategik DELIMa KPM 2025, Pandai terus komited mengurangkan jurang pendidikan digital dan menyokong pembelajaran berkualiti untuk semua.