GET PANDAI APP NOW

PandaiProgram

Skor UPSA: Kelas Persediaan UPSA Bersama Pandai Live Tuition

UPSA semakin hampir, dan ramai pelajar mula mencari cara terbaik untuk membuat ulang kaji secara lebih fokus dan strategik.

Bagi membantu pelajar membuat persediaan yang lebih mantap, Pandai memperkenalkan Program Skor UPSA, satu siri kelas ulang kaji khas melalui Pandai Live Tuition.

Program ini direka untuk membantu pelajar memahami format peperiksaan, teknik menjawab serta topik-topik penting UPSA, supaya mereka lebih bersedia menghadapi peperiksaan dengan yakin.

Apa Itu Program Skor UPSA?

Program Skor UPSA ialah kelas ulang kaji khas yang memberi fokus kepada:

  • Format peperiksaan UPSA
  • Teknik menjawab soalan dengan lebih efektif
  • Topik penting yang sering keluar dalam peperiksaan
  • Strategi menjawab untuk membantu pelajar skor markah lebih baik

Dengan tips dan tricks istimewa daripada tutor berpengalaman, pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas serta belajar cara menjawab soalan dengan lebih strategik.

Program ini dijalankan melalui Pandai Live Tuition, iaitu kelas online interaktif yang membolehkan pelajar belajar secara langsung bersama tutor.

Maklumat Program Skor UPSA

📅 Tarikh Program:
6 April – 2 Mei 2026

🕒 Masa & Subjek:
Mengikut jadual Pandai Live Tuition

👨‍🎓 Peserta:
Pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 4
(Pengguna Pandai Premium sahaja)

Jadual Kelas Live Tuition

Pelajar boleh rujuk jadual kelas di bawah bagi melihat:

  • Subjek yang ditawarkan
  • Masa kelas live berlangsung
  • Tutor yang mengendalikan kelas

Subjek Yang Ditawarkan

Program Skor UPSA meliputi semua subjek utama yang terlibat dalam UPSA.

Sekolah Rendah (Tahun 4–6)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam (Tahun 5–6 sahaja)

Menengah Rendah (Tingkatan 1–3)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi

Menengah Atas (Tingkatan 4)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sejarah
  • Ekonomi
  • Prinsip Perakaunan

Dengan pelbagai subjek ini, pelajar boleh membuat ulang kaji UPSA secara lebih menyeluruh.

Cara Sertai Kelas Skor UPSA

Untuk menyertai kelas Skor UPSA, pelajar hanya perlu mengikuti langkah mudah berikut.

Langkah Sertai Kelas

1️⃣ Pastikan anda mempunyai akaun Pandai Premium
2️⃣ Log masuk ke aplikasi atau laman web Pandai
3️⃣ Pilih kelas Pandai Live Tuition mengikut jadual
4️⃣ Sertai kelas pada waktu yang ditetapkan

Melalui Aplikasi Pandai:

Melalui Laman Web Pandai:

Terlepas Kelas Live? Jangan Risau!

Sekiranya pelajar terlepas kelas live, Pandai menyediakan:

  • Rakaman kelas
  • Akses kepada modul pembelajaran

Ini membolehkan pelajar mengulang semula pembelajaran pada bila-bila masa.

FAQ Program Skor UPSA

Apa itu Program Skor UPSA?

Program Skor UPSA ialah program ulang kaji yang memfokuskan kepada format peperiksaan, teknik menjawab dan topik penting bagi membantu pelajar bersedia menghadapi Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA).

Dengan bimbingan tutor Pandai, pelajar dapat memahami cara menjawab soalan dengan lebih yakin dan strategik.

Siapa yang boleh sertai program ini?

Program ini terbuka kepada semua pengguna Pandai Premium dari:

  • Tahun 4 hingga Tahun 6
  • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4

Bila kelas Skor UPSA akan diadakan?

Program Skor UPSA akan berlangsung dari: 📅 6 April hingga 2 Mei 2026

Kelas dijalankan dari Isnin hingga Sabtu, mengikut jadual Pandai Live Tuition.

Di mana kelas ini akan diadakan?

Semua kelas dijalankan secara online melalui platform Pandai.
Pelajar boleh menyertai kelas melalui aplikasi atau laman web Pandai.

Apa perlu buat jika terlepas kelas?

Pelajar boleh menonton semula rakaman kelas yang disediakan oleh Pandai. Ini membolehkan pelajar mengulang semula topik yang dipelajari.

Adakah pelajar akan menerima badges, coins atau sijil?

Buat masa ini, program Skor UPSA tidak menyediakan badges, coins atau sijil.
Namun fokus utama program ini adalah untuk membantu pelajar bersedia menghadapi UPSA dengan lebih yakin.

Jom Sertai Program Skor UPSA

Jangan tunggu saat akhir untuk ulang kaji.

Gunakan peluang ini untuk belajar bersama tutor berpengalaman melalui Pandai Live Tuition dan tingkatkan persediaan UPSA anda.

👉 Jom masuk kelas sekarang!
👉 Daftar Pandai Premium untuk akses kelas Skor UPSA