GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Kesan Baik dan Buruk Globalisasi terhadap Masyarakat dan Negara

Istilah globalisasi merupakan satu ‘wadah’ yang menyebarkan unsur-unsur terkini yang menyangkut segala informasi secara mendunia melalui media cetak mahupun media elektronik. Jika dilihat pada perkembangan hari ini, terlalu banyak artikel mengenai pengaruh globalisasi dunia tanpa sempadan dalam kalangan remaja. Namun ramai kalangan remaja yang sudah menyedari bahawa arus globalisasi ini akan memberi impak yang besar dalam kalangan mereka.

Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Di mana berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan. Mari kita lihat kebaikan dan keburukan globalisasi.

Cr: Dreamstime

Kesan-Kesan Baik Globalisasi

  1. Ekonomi Negara
  • Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagangan antarabangsa 
  • Peniaga dapat meluaskan pasatan ke seluruh dunia 
  • Persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan perhubungan 
  • E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan 
  • Peniaga dan pengguna menual dan membeli barangan melalui intrnet 
  • Ekonomi negara berkembang pesat 

2. Sistem Pendidikan

  • Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet. Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri. Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi. 
  • Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth: bidang perubatan- makanan berkhasiat, senaman yang betul. 
  • Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas.
Cr: Pinterest

3. Perdagangan Bebas

  • Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan, peluasan pasaran,peningkatan kualiti prosuk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir(pemangkin kepada kemajuan negara) 
  • Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkat pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berkad, Maybank dan Petronas – sebaris dengan syarikat gergasi luar negara. 

Kesan-Kesan Buruk Globalisasi

  1. Penjajahan Ekonomi
  • Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui negara maju. 
  • Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi kepentingannya 
  • Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga

2. Pencemaran Budaya

  • Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit 
  • Budaya liar ini langsung tidak ditapis 
  • Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh 
  • Budaya Barat menjadi dominan 
  • Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis 
  • Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya 
Cr: Vector Stock

3. Teknologi

  • Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi nuklear  – boleh dibuat senjata nuklear, kebocoran tenaga nuklear 
  • Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banya memusnahkan kehidupan manusia 
  • Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite untuk mendapatkan maklumat negra-negara musuh mereka.

Globalisasi telah membawa kesan yang besar dan penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi kesan globalisasi. Dengan cara ini, barulah globalisasi benar-benar mendatangkan faedah kepada kita

Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org