GET PANDAI APP NOW

Articles

Macam Mana Nak Elak ‘Back to School Blues’?

Cuti sekolah memang seronok, kan? Tapi bila dah dekat nak masuk sekolah balik, tiba-tiba rasa malas, lemau dan nervous. Jangan risau, ini normal! Jom kita tengok macam mana nak atasi rasa ‘Back to School Blues’ ni supaya boleh start sekolah dengan lebih bersemangat.

1. Tukar Mindset, Fikir Positif!

Daripada fikir “Aduh, sekolah dah nak mula”, cuba fikir “Yeah, dapat jumpa geng balik!” atau “Tahun ni nak cuba aktif dalam kelab baru!” Bila kita fokus pada benda positif, semangat pun naik.

2. Buat Matlamat Kecil-Kecil

Perasaan malas sekolah tu normal apabila kita tak tetapkan matlamat dan tujuan ke sekolah. Ibaratnya kita tak tahu apa objektif utama kita ke sekolah. Jadi, tak perlu aim tinggi sangat, start dengan target yang simple. Contohnya, minggu pertama nak datang sekolah awal, atau nak cuba jawab soalan latihan 10 minit sehari. Matlamat kecil ni boleh buat kita rasa lebih motivated. Target ni boleh menjadikan kita lebih bersemangat nak ‘back to school’.

3. Betulkan Jadual Tidur Sebelum Masuk Sekolah

Kalau sepanjang cuti asyik berjaga sampai lewat malam, cuba adjust balik. Tidur awal dan bangun awal seminggu sebelum sekolah mula. Kalau tak, nanti susah nak kejut pagi pertama sekolah!

4. Siapkan Barang Sekolah Awal-Awal

Buku, alat tulis, baju sekolah—pastikan semua ready! Kalau last minute baru kelam-kabut cari barang, memang stress. Lagi best, susun jadual siap-siap supaya tak tertinggal barang.

5. Belajar Sikit-Sikit, Jangan Terkejut Culture Shock!

Nak balik ke mode belajar boleh jadi susah kalau dah lama ‘tinggal’. So, mula balik sikit-sikit. Buat latihan ringan atau guna Pandai App untuk warm-up otak sebelum masuk kelas. Sebenarnya, sindrom ‘back to school blues’ ni datang disebabkan oleh perasaan gemuruh untuk perlu belajar semula. Jadi, apa salahnya kita belajar awal sikit sebagai persediaan untuk bulan pertama persekolahan.

6. Join Aktiviti Menarik

Sekolah tak semestinya bosan! Join kelab, sukan, atau mana-mana aktiviti yang best supaya pengalaman sekolah jadi lebih fun dan tak terasa beban sangat.

7. Gunakan Teknik Study yang Santai

Jangan paksa diri belajar berjam-jam, nanti bosan. Cuba teknik Pomodoro (belajar 25 minit, rehat 5 minit) atau buat nota warna-warni supaya lebih menarik.

Rasa malas atau nervous tu normal, tapi kita boleh kawal dengan mindset yang betul dan sedikit persiapan. Yang penting, mulakan persekolahan dengan semangat dan enjoy setiap moment!

Nak belajar dengan cara yang lebih fun? Guna Pandai App untuk buat latihan dan kuiz yang interaktif. Jom mula sekolah dengan vibe yang best!

Log in atau daftar di www.pandai.org 

Download Pandai App melalui Google Play atau App Store.
Follow social media kami sekarang!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial