GET PANDAI APP NOW

Articles

Makanan Sihat Untuk Otak Cerdas Buat Pelajar!


Sesi persekolahan 2021 telah pun bermula. Pasti ramai pelajar sedang bersemangat untuk belajar bagi memulakan proses pembelajaran di sekolah. Ibu bapa dan guru turut akan mula menitik berat dalam penyediaan makanan yang baik untuk anak-anak mereka. Hal ini bertujuan bagi meningkatkan kecerdasan minda agar kekal aktif di sekolah dan belajar di rumah.

Sebenarnya amalan gaya hidup sihat diikuti diet yang seimbang merupakan kunci penting yang dapat membantu otak kita menjalankan fungsinya dengan lebih baik. Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga. Ianya menggunakan kira-kira sebanyak 20 peratus kalori dalam badan, jadi ia memerlukan makanan yang bagus untuk mengekalkan konsentrasi yang baik sepanjang hari. 

Perkongsian pada kali ini akan menekankan aspek penting dalam diet anda yang akan membantu anda dapatkan otak yang cantik dan sihat. Di sini disenaraikan 20 Makanan Terbaik untuk Otak yang telah disarankan oleh pakar kesihatan.

1. Kekacang

Kacang merupakan sumber nutrisi yang baik untuk otak. Ini kerana terdapat bahan asid lemak omega-3 dan antioksida di dalamnya. Pengambilan kekacang secara menyeluruh dapat menjana fungsi otak dengan lebih baik.

2. Minyak Ikan

Individu yang mengamalkan pengambilan minyak ikan juga mempunyai kebolehan berfikir dengan lebih baik. Antara minyak ikan yang mnegandungi tahap omega-3 yang tinggi termasuklah salmon, tenggiri, tuna, ikan parang, dan juga sardin.

3. Avokado

Buah avokado juga mampu meningkatkan prestasi otak. Ia dapat menciptakan sarung di sekitar otak yang dikenali sebagai mielin. Mielin dapat membantu memproses informasi dengan lebih cepat iaitu sekitar 300km/jam.

4. Dark Chocolate

Dark Chocolate yang juga dikenali sebagai coklat gelap terkenal dengan manfaatnya dalam membekalkan nutrien penting untuk perkembangan otak. Antaranya nutrien yang terdapat dalam coklat gelap termasuklah flavonoid, kafein dan juga antioksida. Flavonoid yang terdapat dalam coklat akan terkumpul di kawasan otak yang digunakan untuk proses pembelajaran dan proses mengingat.

5. Brokoli

Dalam brokoli juga terdapat vitamin C dan flavonoid. Bahan- bahan ini merupakan agen antioksida yang boleh meningkatkan kesihatan dan prestasi otak seseorang individu.

6. Kopi

Kafein yang terdapat dalam kopi mempunyai pelbagai kebaikan untuk otak. Antaranya termasuklah meningkatkan kepekaan. Kafein dapat membantu otak menjadi lebih peka dengan menyekat adenosina, bahan yang boleh membuat anda berasa mengantuk. Selain itu, ia juga boleh menambahkan fokus dan meningkatkan tumpuan anda.

7. Oat / Oatmeal

Oatmeal tergolong dalam kumpulan bijiran penuh. Ianya berperanan penting untuk membekalkan tenaga yang konsisten dalam sistem tubuh. Ia membebaskan tenaga dengan perlahan, jadi tenaga yang dibekalkan dapat bertahan lama. Ini membuatkan kita akan kekal fokus walaupun perlu bekerja untuk tempoh yang lama.

8. Teh Hijau

Teh hijau juga boleh meningkatkan fungsi otak. Ianya telah terbukti dapat meningkatkan kepekaan, prestasi, memori dan juga fokus dalam sesuatu perkara.

9. Telur

Telur merupakan sumber penting untuk anda dapatkan vitamin B yang bagus seperti vitamin B-6, vitamin B-12, dan juga asid folik. Kajian terbaru menunjukkan bahawa vitamin-vitamin ini boleh menghalang pengecutan otak dan melambatkan penurunan kognitif.

10. Beri Biru

Beri biru memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan tubuh, termasuklah bahagian otak. Antioksidan yang terdapat dalam beri biru juga boleh membantu meningkatkan komunikasi antara sel otak. Jadi, apabila sel otak berhubung, idea yang dikeluarkan akan menjadi lebih bernas!

11. Buah Limau

Vitamin C merupakan bahan penting yang dapat mengelakkan penurunan fungsi otak. Selain itu, vitamin C juga merupakan sumber antioksida yang kuat. Ianya dapat membantu menentang pembentukan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel otak. Jadi, ianya juga dapat menyokong kesihatan otak sepanjang hayat anda

12. Kunyit

Di dalam kunyit, terdapat bahan yang dikenali sebagai curcumin.  Curcumin ini boleh melalui otak secara terus tanpa perlu melalui penghalang antara darah ke otak. Curcumin juga dapat membantu perkembangan sel otak baru.

13. Minyak Kelapa

Mungkin ramai di antara kita sering menggunakan minyak kelapa dalam masakan. Selain sering menjadi bahan utama dalam masakan, minyak kelapa juga dapat meningkatkan kekuatan otak.

14. Bayam

Bayam diperkaya dengan vitamin K. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Persatuan Amerika untuk Eksperimen Biologi, dengan mengamalkan pengambilan sayuran hijau yang mengandungi Vitamin K, pengurangan memori dan fungsi kognitif dalam kalangan individu dewasa akan menjadi lebih perlahan

15. Kacang Hitam

Kacang hitam merupakan sumber protin yang mudah didapati. Ianya mengandungi magnesium dan folat yang baik untuk otak. Magnesium mempunyai fungsi untuk meningkatkan fungsi kognitif dan daya mengingat. Selain itu, kacang juga bagus untuk pengaliran darah. Jadi, pengaliran darah ke seluruh bahagian badan termasuk otak akan menjadi lebih cekap dan cepat.

16. Biji labu

Biji labu mengandungi  antioksida yang kuat yang boleh melindungi badan dan otak daripada kerosakan radikal.

17. Susu dan yogurt

Produk tenusu seperti susu dan yogurt diperkaya dengan protein, vitamin D dan B. Vitamin-vitamin ini mempunyai fungsi penting  untuk pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim. Vitamin D sebagai contoh merupakan nutrien yang berguna untuk memelihara fungsi saraf dan juga otot.

18. Ubi Bit Merah

Ubi bit merah juga sebenarnya sangat bagus untuk otak. Ianya mempunyai betaine. Betaine menyokong  pembentukan serotonin di dalam otak. Folik asid dalam ubi bit merah juga penting kerana ianya dapat mengekalkan kestabilan emosi dan kesihatan mental.

19. Kacang Soya

Produk yang mengandungi kacang soya kaya dengan kumpulan antioksida yang dikenali sebagai polifenol. Polifenol boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit dementia iaitu penyakit lupa ingatan.

20. Tomato

Tomato mengandungi sejenis bahan antioksida yang dikenali sebagai lycopene. Ianya dapat mengawal pembebasan radikal bebas ke otak.
Radikal bebas ini boleh menyebabkan sistem otak terjejas dan juga boleh meningkatkan risiko seseorang individu untuk mendapat penyakit dementia.

*Sebagai rujukan artikel asal boleh lihat di laman web neuroversiti.com

Related posts
PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

NewsPandai

SKOR SPM 2023: Latihan dan Soalan Spot & Ramalan

Articles

5 Studying Methods to Enhance Your Learning Journey!

Articles

How to be More Involved in Your Child's Education