GET PANDAI APP NOW

PandaiProgram

Cuti Sekolah Telah Tiba, Pandai Daily Funtivities 7.0 Kembali Lagi!

Cuti sekolah semakin hampir. Seronoknya! Tetapi, boring juga jika tiada aktiviti untuk dibuat di rumah. Apa kata, adik-adik sertai aktiviti menyeronokkan dalam Pandai Daily Funtivities! Dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, terdapat pelbagai aktiviti harian yang dapat mengubah cuti sekolah pelajar menjadi luar biasa.

Pandai Daily Funtivities kembali lagi! 
Tarikh: 18 – 22 Disember 2023
Masa: 10AM – 12PM

Isnin – Sign Language is Fun!

Selama 2 jam, pelajar akan dapat mempelajari bahasa isyarat yang merupakan cara bagi individu kelainan upaya untuk berkomunikasi dengan menggunakan isyarat tangan. Seperti bahasa-bahasa lain, bahasa isyarat mempunyai cara tersendiri untuk mengekspresi kosa kata, tatabahasa dan sintaksis. Melalui kelas ini, pelajar dapat memahami bahasa isyarat asas yang boleh digunakan untuk berinteraksi secara inklusif.

Selasa – Annyeonghaseyo, Korea!

Adik-adik dah tonton Kdrama My Demon yang sedang trending dekat Netflix? Omo~ Bestnya kalau pandai berbahasa Korea! Kelas ini bukan sahaja dedahkan budaya dan sejarah negara Korea, malah mengajar pelajar asas bahasa Korea. Menarik bukan? Ini lah masanya untuk pelajar terokai keindahan negara Asia Timur ini dan keunikan Hangul, iaitu sistem tulisan Korea. Nanti dah naik sekolah boleh lah flex ke rakan sekelas- jal jinaeyo, chingu?

Rabu – AI Art Lab: Create Your Own Comic and Game!

Gamers, kelas ini khas untuk anda! Sebagai pemain permainan video, adik-adik mesti teringin untuk mencipta game sendiri dimana jalan cerita dan cara bermain adalah mengikut kreativiti sendiri. Dengan kemajuan teknologi masa kini, kewujudan AI mampu membantu pelajar untuk mencipta pelbagai benda termasuklah game. Dalam kelas ini, pelajar akan dapat mempelajari cara untuk menggunakan AI untuk menghasilkan game sendiri dengan cara semudah ABC!

Khamis – Noodles Adventure Quest

Tahukan anda bahawa masakan mi merupakan masakan yang terkenal di serata dunia? Kepada chef muda sekalian, ayuh terokai tentang keunikan masakan mi mengikut budaya masyarakat di seluruh dunia melalui kelas ini. Pakai apron adik-adik, lengkapkan perkakas, sediakan bahan dan bersedia untuk mempelajari dan memasak resipi masakan pasta yang istimewa!

Jumaat – Canva Craft

Canva ialah platform reka bentuk grafik mesra pengguna yang digunakan untuk mencipta kandungan visual menakjubkan dengan mudah. Jika pelajar minat seni dan aktiviti reka cipta menggunakan aplikasi Canva, kelas ini sesuai untuk adik-adik memperkasakan lagi bakat! Kelas ini akan mengajar pelajar cara asas untuk menggunakan Canva beserta tips dan tricks penggunaan Canva yang tidak diketahui ramai. 

Wah! Banyaknya aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang boleh disertai! Cuti sekolah kali ini akan lebih mengujakan dan produktif. Sekarang adalah masanya untuk merancang masa untuk kelas yang ingin adik-adik sertai. Nak join semua pun boleh. Yang penting, FREE!

Macam mana nak join?

  1. Log masuk ke akaun pelajar di Pandai. Jika pelajar tidak mempunyai akaun, daftar sekarang secara percuma!
  2. Pergi ke halaman utama.
  3. Klik pada poster aktiviti “Pandai Daily Funtivities” yang akan membawa pelajar ke halaman Pandai Classroom.
  4. Have fun!

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!