Hi Young Pandai! Dah bersedia untuk luangkan masa cuti sekolah kali ini dengan aktiviti-aktiviti yang menarik? Jom sertai Pandai Daily Funtivities. Kali ini, pelbagai aktiviti disediakan untuk adik-adik sertai dan belajar bersama tutor-tutor favourite anda!
Apa itu Program Cuti Sekolah: Pandai Daily Funtivities?
Pandai Daily Funtivities merupakan program khas cuti sekolah yang memberikan peluang unik kepada para pelajar untuk meneroka dan belajar tentang ilmu luar bilik darjah melalui aktiviti yang menarik serta pengalaman yang menyeronokkan!
Program akan diadakan secara online melalui platform Pandai. Jadinya, semua pelajar boleh sertai program ini walau di mana pun anda berada! Tak payah pergi mana-mana, nak duduk rumah je pun boleh! Confirm seronok dapat belajar dengan tutor favourite adik-adik!
Best ke Program ni?
Pandai Daily Funtivities kali ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik! Bermula pada 17 September 2024 sehingga 21 September 2024, Young Pandai boleh sertai aktiviti-aktiviti seperti paper doll crafting, keychain crafting, nyanyian dan ada juga sesi lakonan! Berikut merupakan jadual program buat kali ini:
Tarikh: 17 September – 21 September 2024
Masa: 10AM – 12PM & 3PM – 5PM
Jadual Program
Tarikh, Masa & Tutor | Program | Bahan yang diperlukan |
17/9/2024 (Selasa) 3PM-5PM Teacher Atiqah & Miss Jannah | Malaysian Heritage: Paper Doll Crafting Sempena bulan kemerdekaan, ayuh cipta anak patung kertas anda sendiri bertemakan busana tradisional masyarakat Malaysia bersama Teacher Atiqah dan Miss Jannah! Dalam program Malaysian Heritage: Paper Doll Crafting, anda berpeluang untuk menghias dan mereka bentuk anak patung kertas dengan pakaian tradisional masyarakat Melayu, Cina dan India. Selain itu, ketahui kisah di sebalik pakaian tradisional kumpulan etnik utama negara kita serta pamerkan kreativiti anda menonjolkan keindahan kepelbagaian budaya Malaysia melalui program ini. Best kan? | Printed templates of paper dolls with traditional Malay, Chinese, and Indian outfits (Will be provided in learning modules) Colouring tools (crayons/ coloured pencils/ markers/ watercolour etc) Scissor Glue or tape Optional: Additional decorative materials (stickers, glitter, etc.) A4 Paper |
18/9/2024 (Rabu) 10AM-12PM Sir Dann & Teacher Aiai | Basic Photography Workshop Nak belajar kemahiran fotografi dengan cara yang seronok dan kreatif? Mari sertai Basic Photography Workshop bersama Sir Dann dan Teacher Aiai. Pelajari istilah penting untuk fotografi serta cipta Moodboard yang memukau melalui program ini! Sesuai untuk pelajar dan ibu bapa yang ingin merasai dunia fotografi. Jangan lepaskan peluang ini – ambil gambar masa depan anda sekarang! | Smartphone |
18/9/2024 (Rabu) 3PM-5PM Miss Zuzu & Cikgu Erra | Keychain Craft Studio Ingin membuat kraf tangan yang unik dan menguji tahap kreativiti anda? Mari sertai Miss Zuzu dan Miss Nana dalam Keychain Craft Studio! Dalam program ini, kita akan hasilkan rantai kunci istimewa mengikut citarasa masing-masing. Selain menjadi salah satu hobi yang bermanfaat, rantai kunci ini juga boleh dijual tau. Jadi ianya boleh menjana pendapatan jugak. Haa, menarik kan! Make sure join tau. | One roll of white satin cord in size 1.5mm Beads- colourful & alphabet beads (the diameter must bigger than 1.5mm) A few of key rings Scissor |
19/9/2024 (Khamis) 10AM-12PM Sir Syafiq & Teacher Muz | Drama Delight: Mastering Monologue! Terokai dunia drama dan monolog yang menarik serta dramatik dalam program bersama Sir Syafiq dan Teacher Muz. Anda dapat belajar menghidupkan cerita dan watak, menulis monolog sendiri dan berpeluang mempersembahkannya dengan yakin. Ayuh ambil peluang ini untuk tingkatkan kemahiran penceritaan dan bakat lakonan anda! | |
19/9/2024 (Khamis) 3PM-5PM Miss Zety & Miss Mina | Glitz & Glam: Grooming Class Pernah tak rasa nak glow up kan diri? Haa jom join program Glitz & Glam: Grooming Class bersama Miss Mina dan Miss Zety! Dalam program ni, tutors akan kongsi tips penjagaan kulit, teknik makeup dan grooming yang confirm buat anda lebih yakin diri dan tampil bergaya. Jom belajar cara nak upgrade diri jadi lebih berketrampilan dengan wajah baru dan aura baru. Sertai Program Glitz and Glam sekarang! | Skincare products Makeup products, tools & brushes Hair accessories, combs, pomade/ gel, and sticker/ glitters |
20/9/2024 (Jumaat) 10AM-12PM Cikgu Yana & Teacher Aisyah | Misi Tabung Impian Susah betul nak simpan duit belanja? Selalu sangat boros berbelanja? Jom sertai program Misi Tabung Impian bersama Teacher Aisyah dan Cikgu Yana! Program ini direka khas untuk membantu adik-adik belajar cara menabung dan tips menguruskan kewangan dengan seronok dan mudah. Kalau selalu sangat habiskan duit belanja untuk beli jajan atau mainan, kali ni kita belajar teknik menabung dengan bijak pula supaya adik-adik boleh capai impian yang lebih besar! | Coloured A4 papers Cupboard Box (Kotak Kasut) Penutup botol plastic – 1 Lidi Sate – 5 Kertas Warna (Pelbagai warna) Rubber Band – 3 Hot Glue Gun Gam Gajah / Tape Cutter/Gunting Decoration tools (Cute stickers/ coloured pencil / watercolour) |
20/9/2024 (Jumaat) 3PM-5PM Miss Farish & Teacher Mai | Young Pandai Masterchef Mudah ke tak eh nak hasilkan makanan yang viral dalam media sosial ni? Mestilah mudah! Mari sertai Young Pandai Masterchef untuk hasilkan resipi viral serta cabar diri anda untuk menjadi lebih kreatif dalam penyediaan sajian tersebut. Teacher Mai dan Miss Farish akan kongsikan teori dan teknik memasak serta penyediaan makanan yang simple tapi confirm sedap. Tak cukup dengan tu, anda juga akan belajar resepi smoothie super duper delicious hasil ramuan ajaib. Eh apa tu, kena lah join program ni! | Resipi Popis Bahan-bahan: Kulit popia Pisang Tepung gandum (sebagai gam) Chocolate spread (suhu bilik) Minyak masak Alatan memasak: Multicooker Talam/pinggan (sbg alas untuk proses melipat) Sudu Pisau plastik Alatan plating: Pinggan Alatan lain untuk hiasan ikut kreativiti sendiri Banana Milkshake Bahan-Bahan: Chocolate Spread (Suhu bilik) Pisang Susu (full cream/ perisa strawberi/ perisa coklat) Gula Alatan Memasak Mangkuk (untuk melenyekkan pisang) Sudu dan garpu Alatan plating: Gelas kaca jernih / cawan plastic jernih |
21/9/2024 (Sabtu) 10AM-12PM Sir Shah & Teacher Anis | Batik Malaysia Batik Malaysia merupakan seni kraf hasil tangan yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia. Motif flora dan rekaan geometrik yang dicanting, diwarnakan dengan warna yang terang dan cerah, pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Jom kita kenali Batik Malaysia dengan lebih lanjut dalam program ini bersama Sir Shah dan Teacher Anis. Selusuri sejarah batik dan ketahui cara penghasilan batik dengan lebih mendalam. Menariknya, anda juga akan belajar cara mem | Kadbod (A4 paper size) Pen marker Pembaris Gunting Pensil Gam 2 batang atau lebih berus lukisan Water colour Kertas A4 |
21/9/2024 (Sabtu) 3PM-5PM Sir Caen & Miss Belle | Merdeka Sing-Along “Tanggal tiga puluh satu Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia, hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka” Mari semarakkan jiwa patriotik masing-masing dalam program Merdeka Sing-Along bersama Sir Caen dan Miss Belle. Dalam program ini, kita akan nyanyikan lagu-lagu patriotik yang tak lapuk dek zaman bersama-sama. Selain itu, anda juga akan diajar cara membaca chords untuk lagu-lagu tersebut. Jadi, jangan lupa untuk bawa gitar sekali tau. Tak sabarnya! | Gitar (sekiranya ada) |
Young Pandai boleh lihat jadual di atas untuk semua aktiviti yang ditawarkan pada program cuti sekolah kali ini. Khas tau kita sediakan untuk Young Pandai semua! Jangan lupa sediakan bahan-bahan yang diperlukan sepanjang program, baru boleh buat sama-sama nanti.
Tunggu apa lagi? Pendaftaran telah dibuka dan program adalah PERCUMA. Yeayy!
Macam mana nak sertai Pandai Daily Funtivities?
- Daftar akaun Pandai di pandai.org. Pendaftaran adalah PERCUMA.
- Boleh juga download aplikasi Pandai di telefon bimbit anda dan daftar akaun Pandai melalui aplikasi tersebut.
- Pada hari program, log in akaun Pandai anda melalui web atau aplikasi Pandai.
- Boleh klik pada poster program yang terpapar di dalam web atau apps seperti contoh di bawah:
Contoh poster program dalam web
Contoh poster program dalam apps
- Setelah anda klik poster tersebut, anda akan terus dibawa ke classroom Pandai iaitu tempat di mana program online kita akan berlangsung.
- Enjoy the program!
PSST! Dengan sertai PDF juga adik-adik boleh kumpul Badges dalam app Pandai! Tunggu apa lagi? Jom sertai sekarang!
Untuk maklumat lanjut dan update terkini berkenaan program cuti sekolah, boleh terus follow media sosial rasmi kami iaitu @pandaiofficial di Instagram dan juga Facebook. Jumpa anda dalam program cuti sekolah nanti!