GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Persidangan PdP Spotlight: Upskilling Kompetensi Digital Guru

Dalam usaha untuk menyebarkan idea-idea pengajaran yang praktikal dan relevan bagi  guru-guru Malaysia, Pandai Teacher telah menganjurkan persidangan atas talian yang disiarkan secara langsung di YouTube Pandai pada 22 Januari 2024. 

Sejajar dengan slogan mereka ‘Dari Guru untuk Guru’, persidangan PdP Spotlight kali ini telah berjaya mengumpulkan 12 pembentang yang terdiri daripada guru-guru cemerlang dan pengamal pendidikan tempatan yang bertaraf antarabangsa di bawah tema ‘Upskilling Kompetensi Digital Guru.’

Persidangan ini adalah lanjutan daripada kandungan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang turut disediakan dalam platform Pandai Teacher, di mana para guru boleh melengkapkan mata kredit tahunan mereka dengan menghadam dan membuat refleksi kandungan-kandungan pendek dalam bentuk artikel dan video yang berkisar tentang pedagogi, elemen merentas kurikulum, pentaksiran bilik darjah dan banyak lagi. Kandungan ini boleh didapati dengan percuma dengan pendaftaran akaun Pandai Teacher di laman pandai.org

Seiring dengan pelancaran Dasar Pendidikan Digital oleh Kementerian Pendidikan Malaysia akhir tahun lepas, Pandai Teacher memandang usaha ini sebagai salah satu sumbangan dalam memperkasakan landskap pendidikan digital negara. Harapannya adalah, apabila guru-guru selesa menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk digital, impaknya akan diterima oleh para pelajar untuk lebih terbuka dalam menggunakan teknologi bagi tujuan pembelajaran.

Perbincangan yang rancak di ruangan ‘Comment’ beserta ratusan maklumbalas positif yang diterima menunjukkan ramai warga pendidik negara yang dahagakan persidangan sebegini. Pihak Pandai dan Pandai Teacher akan berusaha untuk menganjurkan persidangan PdP Spotlight sekerap mungkin dengan fokus yang berbeza.

Ikuti rakaman persidangan di https://go.pandai.org/playlistPdP 



Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial