Susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus bermula tahun 2021.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Modul Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point. Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.

Format PKSK

Tarikh Ujian PKSK 2023

Diingatkan kepada semua pelajar, Ujian PKSK akan diadakan pada tarikh berikut:
πŸ“Tingkatan 1: 25 September – 13 Oktober 2023
πŸ“Tingkatan 4: 25 September – 13 Oktober 2023

Jadi, bagi membantu para pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 membuat persediaan menghadapi ujian PKSK yang sebenar, Pandai telah menyediakan 3 set latihan pada Bahagian B: Kecerdasan Intelek yang meliputi IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah dimana memerlukan 70% tertinggi bagi pencapaian skor. Kesemua 3 set latihan ini boleh diakses secara percuma dan eksklusif bagi pengguna premium sahaja.

Setiap Set Ujian tersebut boleh diakses dan klik sahaja dengan pautan dibawah mengikut gred Tahun 6 & Tingkatan 3.

Tahun 6 Set 1Set 2Set 3Rakaman Kelas
Tingkatan 3Set 1Set 2Set 3Rakaman Kelas

Untuk makluman, set soalan ini mengandungi contoh-contoh soalan latihan untuk membantu persediaan pelajar menghadapi ujian PKSK. Set soalan ini bukan ujian rasmi. Ia bukan set soalan PKSK yang sebenar. Ini kerana KPM tidak pernah melantik ejen atau pihak ketiga dalam menyediakan perkhidmatan dan penjualan set soalan ujian PKSK.

Diharap dengan adanya set latihan ujian di dalam Pandai boleh membantu pelajar membuat persediaan yang lebih baik untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat memasuki ke sekolah khusus yang diinginkan. 

Semoga berjaya!πŸ˜‡