Musim cuti sekolah datang lagi!. TAPI kali ni, jangan biarkan masa berlalu begitu saja!
Pandai memperkenalkan Program Cuti Sekolah Pandai 2025, satu inisiatif khas untuk pengguna Pandai Premium yang ingin luangkan masa dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan, interaktif, dan berimpak tinggi sepanjang cuti sekolah ni!
Program Cuti Sekolah Pandai memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengukuhkan penguasaan subjek serta mempelajari topik-topik pembelajaran mengikut silibus bilik darjah melalui projek yang interaktif dan menyeronokkan. Setiap sesi akan dikendalikan oleh tutor berpengalaman yang memastikan pembelajaran bukan sekadar teori, tetapi menyeronokkan dan mudah difahami!
- Tarikh Program: 1 Disember 2025 – 10 Januari 2026
- Peserta: Terbuka kepada pelajar Darjah 1 hingga Tingkatan 4 (Pengguna Premium sahaja)
- Subjek: Semua subjek sekolah rendah & menengah
- Masa: Mengikut Jadual Live Tuition
Jadual Live Tuition 2025




Info Program

Tarikh program: 1 Disember 2025 – 10 Januari 2026
- Back to Basics! – 1 – 20 Disember 2025
Dalam Back to Basics, pelajar akan kukuhkan penguasaan asas bagi setiap subjek sebelum melangkah ke gred yang seterusnya pada tahun hadapan.
- Project Learning – 29 Disember 2025 – 10 Januari 2026
Untuk Project Learning, pelajar akan mengaplikasi teori serta ilmu pengetahuan bagi sesuatu subjek dengan melakukan projek yang menarik dan interaktif.
Fasa 1: Back to Basics (1 – 20 Disember 2025)
Sebelum melangkah ke tahun baharu, pelajar akan menyertai modul Back to Basics — sesi khas untuk mengukuhkan penguasaan asas dalam setiap subjek utama. Fokusnya adalah memastikan pelajar memahami konsep teras Matematik, Sains, Bahasa dan subjek lain sebelum naik ke gred seterusnya. Dengan pendekatan “belajar semula dari akar”, pelajar akan lebih yakin menghadapi sesi akademik 2026 nanti.
✨ Matlamat: Perkukuh asas, bina keyakinan, dan capai kefahaman yang kukuh sebelum melangkah ke tahun baharu.
Fasa 2: Project Learning (29 Disember 2025 – 10 Januari 2026)
Selepas kukuh dengan asas, kini tiba masa untuk belajar dengan cara paling menyeronokkan — Project Learning! Dalam fasa ini, pelajar akan mengaplikasikan teori dan ilmu pengetahuan melalui projek-projek menarik dan interaktif.
Contohnya, pelajar akan membina model sains, menjalankan eksperimen mudah di rumah, atau menghasilkan laporan mini mengikut subjek pilihan. Kaedah ini membantu pelajar berfikir secara kritikal, kreatif dan praktikal — menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan tidak membosankan!
Mengapa Anda Perlu Sertai Program Cuti Sekolah Pandai?
1. Aktiviti Pembelajaran yang Seronok & Bermakna
Setiap sesi direka khas untuk menggabungkan hiburan dan pembelajaran agar pelajar tak rasa “terpaksa belajar” semasa cuti.
2. Persediaan Awal ke Tahun Baharu
Pelajar akan masuk ke sesi persekolahan 2026 dengan asas yang kuat, terus bersedia untuk topik baharu di sekolah.
3. Tutor Profesional & Berpengalaman
Semua sesi dikendalikan oleh tutor Pandai Live Tuition, yang mahir mengajar mengikut silibus terkini dan pendekatan digital.
4. Khas untuk Pengguna Pandai Premium
Program ini eksklusif untuk pengguna Pandai Premium — menjanjikan pengalaman pembelajaran yang lebih lengkap dan teratur.
Cara untuk Join Kelas (Pandai Website)
- 1. Pergi ke menu ‘Kelas (Class)’ di bahagian atas.

- 2. Pilih subjek yang disenaraikan dan tekan butang ‘Daftar Sekarang (Enroll Now)’

- 3. Cari dan klik butang ‘Enter’ pada bahagian Live Lesson untuk masuk ke kelas. Butang tersebut akan dipaparkan pada waktu kelas mengikut jadual Live Tuition.

- 4. Untuk akses kepada slides pembelajaran, boleh ke ‘Class Lesson’ kemudian pilih tajuk mengikut bulan yang tertera.

Cara untuk Join Kelas (Pandai App)
- 1. Pergi ke menu ‘Kelas (Class)’ di bahagian bawah.

- 2. Pilih subjek yang disenaraikan dan tekan butang ‘Daftar Sekarang (Enroll Now)’

- 3. Cari dan klik butang ‘Enter’ pada bahagian Live Lesson untuk masuk ke kelas. Butang tersebut akan dipaparkan pada waktu kelas mengikut jadual Live Tuition.

- 4. Untuk akses kepada slides pembelajaran, boleh ke ‘Class Lesson’ kemudian pilih tajuk mengikut bulan yang tertera.

Jom Sertai Sekarang!
Cuti sekolah ini, ubah rutin biasa jadi pengalaman belajar yang menyeronokkan dan bermanfaat.
Sertai Program Cuti Sekolah Pandai 2025 dan bersedia menjadi pelajar yang lebih Pandai menjelang tahun baharu!
Daftar Pandai Premium sekarang!
www.pandai.org

