GET PANDAI APP NOW

News

Sesi Bersemuka Bermula Bagi Pelajar Sekolah Menengah

IPOH: “Memang lega betul rasa apabila dapat belajar semula di sekolah dan kini boleh memberi tumpuan penuh untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata Sanat Mifzal Shaharuddin, 16, pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson yang ditemui pada hari pertama pembukaan semula sekolah bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 4, hari ini.

Katanya, dia gembira berpeluang kembali belajar di dalam kelas selepas sekian lama mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), disebabkan pandemik COVID-19.

“Lega dan seronok, sebab belajar bersemuka ini lebih (mudah), berbanding belajar secara dalam talian.

“Saya akan belajar dengan lebih baik dan menumpukan perhatian dalam pelajaran untuk cemerlang dalam SPM nanti,” katanya ketika ditemui di hadapan sekolah berkenaan, di sini hari ini.

Katanya, dia tidak bimbang ke sekolah kerana penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) dijaga ketika berinteraksi bersama rakan.

“Saya berharap semua rakan dapat hadir ke sekolah kerana sebelum ini semasa belajar dalam talian, ada yang tidak sertai,” katanya.

Gambar dari Berita Harian Online

Pelajar Tingkatan Satu, Muhammad Sufi Afizuddin Anuar, 13, pula berkata, dia tidak sabar berkenalan dan mendapat rakan baharu.

“Seronok sangat sebab sudah berbulan-bulan tunggu untuk masuk ke sekolah menengah, dapatlah belajar dan berjumpa dengan rakan baharu daripada duduk di rumah asyik, tengok telefon bimbit sahaja,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Sementara, bapa pelajar, Anuar Mat Ariffin, 47, mengakui lega selepas kerajaan membenarkan pelajar kembali ke sekolah kerana percaya anaknya lebih fokus ketika belajar di dalam kelas.

Tinjauan di luar perkarangan sekolah berkenaan mendapati, guru memantau kehadiran pelajar bagi memastikan mereka mematuhi SOP ditetapkan sebelum memasuki pintu sekolah.

Pelajar Tingkatan Satu hingga Empat di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah memulakan sesi persekolahan semalam manakala bagi negeri lain bermula, hari ini. – Berita Harian

Related posts
PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

NewsPandai

SKOR SPM 2023: Latihan dan Soalan Spot & Ramalan

Articles

5 Studying Methods to Enhance Your Learning Journey!

Articles

How to be More Involved in Your Child's Education