GET PANDAI APP NOW

Articles

Susah Nak Tidur? Elakkan Buat 4 Perkara Ini!

Tidur tu memang satu perkara yang mudah dan simple. Tapi zaman sekarang ni ada macam-macam masalah untuk tidur. Kurang tidurlah, tak cukup nyenyaklah, muda-muda pun dah boleh develop insomnia! Terutama sekali bagi pelajar sekolah jadual kita memang dah sedia ada packed dengan aktiviti harian. Jadi, sangat penting untuk kita dapatkan tidur yang berkualiti! Jom kita lihat 4 perkara yang wajib kita elakkan sebelum tidur!

1. Bermain Gadget atau Tengok TV

Yup, adik-adik mesti ramai yang dah terbiasa main telefon pintar atau menonton TV, tapi perlu diingat, bermain gadget atau menonton TV sebelum tidur boleh buat kita sukar tidur. Bukan itu sahaja, pancaran cahaya dari skrin telefon sangat tidak bagus untuk kita biasakan setiap malam. Ini kerana layar elektronik mengeluarkan cahaya biru yang boleh ganggu tidur kita. Cuba elakkan bermain gadget atau menonton TV setidak-tidaknya satu jam sebelum tidur supaya tidur kita lebih nyenyak.

2. Makan Makanan Berat

Makan sebelum tidur adalah perkara yang sangat tidak digalakkan. Makanan berat boleh menyebabkan perut kita tidak selesa ketika tidur, manakala makanan ringan boleh membuatkan kita berasa lapar di tengah malam. Bila kita makan juga, kita perut kita perlukan masa untuk digest makanana tersebut. Macam mana dia nak buat kerja kalau kita dah nak snooze off untuk tidur! Jadi, cuba makan lebih awal dan pastikan makanan yang dimakan adalah seimbang supaya tidur kita lebih lena.

3. Minum Minuman Berkafein

Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi atau teh adalah pilihan yang baik untuk memberi kita tenaga, tetapi bukan pilihan yang baik untuk sebelum tidur. Kafein boleh membuatkan kita terjaga dan susah untuk tidur. Ya lah, kita nak tidur dan rehatkan badan kita setelah perah tenaga sepanjang hari. Buat apa nak minum minuman yang beri tenaga lagi, kan? Kalau nak minum, lebih baik minum minuman seperti air kosong atau susu sebelum tidur untuk pilihan yang lebih tepat dan sihat.

4. Bersenam

Membuat senaman adalah perkara yang bagus untuk kesihatan kita, tetapi bersenam sebelum tidur mungkin tidak sesuai. Bersenam boleh meningkatkan kadar denyut jantung kita dan melepaskan endorfin, yang boleh membuatkan kita lebih bertenaga. Oleh itu, lebih sesuai untuk bersenam pada waktu pagi atau petang, dan gunakan malam sebagai waktu kita berehat. Dengan cara itu, kita boleh dapatkan tidur yang tidak terganggu dan lebih nyenyak.

Jadi, itulah empat perkara yang perlu dielakkan sebelum tidur. Ingat! Sangat penting untuk kita dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti supaya kita lebih bertenaga untuk sekolah esok. Jangan lupa juga untuk mengamalkan kebersihan diri sebelum tidur, seperti menggosok gigi dan mencuci muka, supaya kita sentiasa sihat!


Log in or Sign Up at www.pandai.org | Download Pandai App now via Google Play or App Store
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook | Twitter | Tiktok | Instagram
#SenangJeNakPandai

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!