GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Tips hafal formula Matematik dengan CEPAT!

Cikgu kata, kalau dah hafal formula, senang je nak jawab exam nanti. Masalahnya… nak hafal formula pun susah! Sudahlah ada banyak jenis! Macam mana ni?

Ehhh janganlah risau! Jom kita bincangkan tips mudah untuk ingat formula matematik.

1#: Cuba dapatkan gambaran formula tersebut

Apabila dapat zoom out dan nampak gambaran menyeluruh sesuatu, ia menjadi lebih mudah untuk sesetengah orang bagi memahami, lantas mengingati sesuatu itu. Jom ambil contoh formula isipadu silinder, iaitu πr²h.

Pi (π) = pemalar (constant/nombor tetap), yang merupakan nisbah lilitan bulatan (circumference) kepada diameternya. Tak kiralah saiz bulatan tu besar atau kecil, nombor ini tetap tidak berubah.

πr² = formula luas bulatan

h = tinggi, sebab.. Kan dia ada ketinggian (berbeza dengan sfera yang hanya bulat dan tak ada ketinggian)!

Nampak tak? Dapat gambaran tak? Kan lagi senang nak ingat bila kita dapat fahamkan formula tu! Kalau nak tahu, banyak lagi formula matematik yang kita boleh bedah dan selami supaya dapat fahamkan dengan mudah. Tanya je Gentera Ilmu kita!

#2: Tulis formula tersebut berulang-ulang kali

Cara ini adalah sangat mudah dan berkesan untuk melatih otak dan motor tangan untuk mengingati formula.

Simple je, adik-adik. Ambil sekeping kertas, tulis nama formula yang nak dihafal, dan ulangkan banyak kali. Lama-kelamaan, kita boleh tingkatkan kelajuan menulis, sehinggalah proses ini menjadi automatik. Tahu-tahu, formula tersebut akan tersemat dalam ingatan!

#3: ‘Tulang’ buang ‘T’ jadi apa? ‘Tulang’ buang ‘T’ jadi apa? Haa… ulang sampai dapat!

Sebenarnya, antara kaedah terbaik untuk menghafal sesuatu adalah: ulang sehingga ingat. Bunyi macam remeh, tetapi memang berkesan!

Caranya adalah… dapatkan satu alat yang boleh menunjukkan nama atau kegunaan formula pada satu belah, dan formula itu sendiri pada belah satu lagi. Kemudian, baca dan sebut kuat-kuat formula tersebut. Ya! Kuncinya adalah sebut kuat-kuat dan ulang banyak kali

Baca tajuk, baca formula, ulang, ulang dan ulang. Test yourself again and again, sampailah ingat!

Nak lagi senang? Gunalah kad imbas! Pilih je topik yang nak diulangkaji, dan kemudian, flip-flip je!

Pilihlah tips mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing.

Asasnya, proses menghafal ini adalah sesuatu yang harus diulangi secara konsisten; bukannya dapat sekali dan terus boleh confident! Ikuti jadual ulangkaji masing-masing dan tetapkan masa untuk recap formula sebaik-baiknya. Lima minit sehari pun boleh!

Sebab itulah kami nak suggest kad imbas Pandai untuk membantu pelajar dalam ulangkaji. Feature ni memang sesuai dan mudah digunakan, sebab aplikasi Pandai dah disesuaikan untuk menjadi mudah diakses melalui smartphone. Jadi, bila-bila dan di mana-mana pun boleh recap semula untuk kuatkan memori kita terhadap formula-formula yang pernah dihafal. Bukan setakat formula matematiklah, fakta sejarah dan lain-lain pun jadi mudah ingat!

Kan dah kata 😜  Senang je kan? Senang je nak pandai!


Log in or Sign Up at www.pandai.org | Download Pandai App now via Google Play or App Store
Follow us on our Social Media Now for more updates! 
Facebook | Twitter | Tiktok | Instagram
#SenangJeNakPandai

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!