GET PANDAI APP NOW

News

Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA): Tarikh, Format, Persediaan

Seperti yang dimaklumkan, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dimansuhkan pada pertengahan tahun ini. Mulai Januari 2023, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan format baharu peperiksaan utama bagi murid Tahun 4 hingga 6 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga 3 di sekolah menengah yang dikenali sebagai Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Pelajar kini akan dinilai mengikut kemahiran kognitif dan intelektual serta penguasaan pelajar pada setiap mata pelajaran. UASA juga akan dilaksanakan secara bertulisan untuk semua subjek. Sebelum menghadapi UASA pada penggal terakhir persekolahan 2023/2024, pihak sekolah masing-masing akan menjalankan Ujian Pertengahan Sesi Akademik atau dikenali sebagai UPSA.

Tarikh UPSA

UPSA ini dilaksanakan pada penggal ke-2 sesi persekolahan 2023/24. Tarikh UPSA adalah tidak seragam seperti UASA kerana pelaksanaanya adalah mengikut takwim semasa sekolah. Secara amnya UPSA akan berlangsung pada 14.08.2023 sehingga 25.08.2023 iaitu sebelum cuti penggal ke-2 (26.08.2023-03.09.2023).

Tujuan UPSA

UPSA ini dilaksanakan pada penggal ke-2 sesi persekolahan 2023/24. Tarikh UPSA adalah tidak seragam seperti UASA kerana pelaksanaanya adalah mengikut takwim semasa sekolah. Secara amnya UPSA akan berlangsung pada 14.08.2023 sehingga 25.08.2023 iaitu sebelum cuti penggal ke-2 (26.08.2023-03.09.2023).

Format UPSA

Format peperiksaan adalah termaktub kepada sekolah dan panitia-panitia sekolah untuk menentukan matrik pentaksiran bagi pelajar. Kertas peperiksaan UPSA mengandungi soalan objektif dan subjektif, dan bilangan soalan dan pemarkahan adalah bergantung kepada panitia mata pelajaran sekolah masing-masing.

Penilaian UPSA

Dari segi penilaian pula, UASA tidak akan menggunakan format gred atau markah, sebaliknya pelajar akan diukur melalui sistem baharu yang dikenali sebagai Tahap Penguasan (TP). Sistem ini diukur dari TP1 hingga TP6 mengikuti deskriptif tahap tersebut:

TPDESKRIPSI
TP1Tahu
Pelajar boleh melaksanakan tugas asas, memiliki pengetahuan asas, atau bertindak balas terhadap situasi mudah.
TP2Tahu dan Faham
Pelajar menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah dan menghuraikan apa yang telah mereka pelajari.
TP3Tahu, Faham dan Boleh Buat
Pelajar menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah, menghuraikan dan mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.
TP4Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Pelajar mempraktikkan sesuatu kemahiran dengan melalui proses atau secara berkaedah.
TP5Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Pelajar menunjukkan bakat dalam suasana novel dengan mematuhi protokol atau bertindak secara teratur, konsisten dan positif.
TP6Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Pelajar mampu bersikap optimistik, kreatif, dan berimaginasi, dan mereka boleh menunjukkan contoh dengan menggunakan pengetahuan dan kebolehan mereka secara sistematik untuk situasi baharu.

Persediaan UPSA

Pelajar boleh bersiap sedia untuk menjawab peperiksaan UPSA ini dengan mengulang kaji menggunakan aplikasi pandai. Terdapat set soalan sample UPSA untuk pelajar tahun 4,5 dan 6 serta pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Aplikasi Pandai juga menyediakan fungsi nota ringkas, quiz battle, buku teks dan latihan mengikut subjek dan silibus yang diperkenalkan di sekolah. Terdapat juga fungsi Live Tuition dimana kelas bersama Team Tutor Pandai yang membantu pelajar mengupas topik dan subjek yang susah secara dalam talian. Lihat cara-cara untuk mengakses set soalan latihan UPSA


Log in or Sign Up at www.pandai.org 
Download Pandai App now via Google Play or App Store.
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#AchieveTogether

Related posts
NewsPandai

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2024/2025 dalam Projek Level Up Pandai!

CorporateNews

GOOD NEWS! Pandai Achieves ISO 27001:2022 Certification

PandaiProgram

FINALIST ANNOUNCEMENT & ANSWER REVEAL! - Brain Buster Challenge 2024

PandaiProgram

BRAIN BUSTER CHALLENGE: Unlock Your Mind and Solve The IMPOSSIBLE!