GET PANDAI APP NOW

News

UPSR Mungkin Dimansuhkan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam peringkat akhir kajian untuk memansuhkan Ujian Pencapain Sekolah Rendah (UPSR).

Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya, berkata bagaimanapun keputusan muktamad mengenai pemansuhan itu akan dibuat tidak lama lagi.

“Kemungkinan besar tidak akan ada lagi UPSR pada tahun hadapan dan selama-lamanya. 

“Kementerian sekarang pada peringkat akhir membuat kajian mengenainya dan insya-Allah akan membuat keputusan muktamad tidak lama lagi,” katanya selepas menyampaikan anugerah kepada 148 pelajar cemerlang UPSR 2019 Parlimen Masjid Tanah di Kompleks Sukan Masjid Tanah, dekat sini hari ini.

Seramai 148 bekas murid 38 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) seluruh Parlimen Masjid Tanah menerima sumbangan wang tunai dan caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Bagaimanapun katanya, KPM tidak membuat kajian sama ada UPSR akan diganti dengan ujian baharu yang sama fungsi dengannya.

Sebaliknya tegas beliau, pencapaian akademik murid tahun enam dinilai melalui pentaksiran sepanjang masa, ujian esei dan temu duga bagi penempatan di lima jenis sekolah khusus.

KPM pada 15 April lalu mengumumkan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.

Related posts
PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

NewsPandai

SKOR SPM 2023: Latihan dan Soalan Spot & Ramalan

Articles

5 Studying Methods to Enhance Your Learning Journey!

Articles

How to be More Involved in Your Child's Education