
Baru-baru ini, Pandai ada mengadakan program Young Pandai Fun Weekend (YPFW) di SK Bukit Badong. Lebih seratus orang pelajar, ibu bapa dan guru terlibat dalam program ini. Tapi, program apa sebenarnya YPFW ni?
Young Pandai Fun Weekend adalah suatu program khas untuk pelajar sekolah dan ibu bapa untuk meneroka dengan lebih mendalam tentang pembelajaran yang interaktif melalu pembelajaran atas talian atau digital seperti aplikasi Pandai. Dalam program ini, terdapat pelbagai aktiviti disediakan untuk pelajar dan ibu bapa oleh pasukan Pandai sendiri!

Dari permainan dan cabaran yang menarik daripada aplikasi Pandai sendiri hinggalah ke sesi interaktif dengan pelajar, YPFW lengkap untuk membantu mereka mengenal diri dan potensi dan juga meneroka bakat baharu. Terdapat juga kelas robotik eksklusif kerjasama Pandai bersama Jazro Academy!
Untuk ibu bapa dan guru pula, disediakan taklimat lebih lanjut tentang Pandai dan sesi 1-to-1 dengan pasukan Pandai yang pakar dalam bidang pendidikan. Program ini direka khas untuk memberi inspirasi dan memperkasakan ibu bapa dan anak-anak, dengan pelbagai aktiviti dan bengkel yang memfokuskan pada pertumbuhan peribadi, kreativiti dan pembelajaran.

Jadi, jika anda berminat untuk sertai program YPFW atau berkolaborasi dengan pasukan Pandai, nantikan update tenatng YPFW akan datang dengan follow akaun media sosial kami di Facebook di Instagram.
Senang je nak pandai!
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial