GET PANDAI APP NOW

Articles

4 Aplikasi Pembelajaran Online Mudah & Sering Digunakan di Malaysia

Sejak pandemik Covid-19 telah melanda di negara kita, pelbagai pembaharuan yang perlu kita lalui terutama dari segi sektor pendidikan. Kita bukan sahaja tidak boleh pergi ke sekolah malah kita perlu bersedia dan membiasakan diri dengan belajar secara online. Jadi, kebanyakan ibu bapa, pelajar dan guru sendiri akan mencari pelbagai aplikasi pembelajaran online  yang boleh digunakan dalam melaksanakan pembelajaran online memandangkan pandemik COVID-19 masih belum pulih.

Keadaan ini mengakibatkan semua pelajar terpaksa menormalisasikan diri mereka agar belajar melalui atas talian.

Apakah maksud Aplikasi?

Maksud aplikasi berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah satu atur cara atau program komputer yang direka khusus untuk kegunaan tertentu. Dengan wujudnya sesuatu aplikasi, ia memudahkan para pengguna untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau informasi kepada orang lain secara maya.

Manfaat Aplikasi Pembelajaran Online

  • Mampu menarik minat pelajar ketika sesi pembelajaran online.
  • Mengukur tahap kefahaman pelajar tentang topik yang diajar.
  • Mendedahkan pelajar dengan teknologi digital.

Jenis-Jenis Aplikasi Pembelajaran Online

Antara aplikasi yang terkenal dalam kalangan guru-guru di Malaysia untuk melaksanakan pembelajaran online adalah aplikasi WhatsApp, Telegram, Google Meet, Google Classroom dan Zoom. Semua aplikasi yang dinyatakan tersebut sering digunakan oleh guru kerana mudah untuk diselenggara dan memuatkan lebih 50 orang dalam satu-satu masa.Namun hari ini, kita ingin berkongsi aplikasi lain selain aplikasi-aplikasi tersebut. Mari kita lihat aplikasi yang boleh membantu guru-guru untuk membina soalan secara online.

  1. Kahoot

Kahoot merupakan satu aplikasi permainan yang mampu menarik fokus pelajar dan mengukur tahap pemahaman mereka terhadap pembelajaran. Lebih menarik lagi, aplikasi ini membolehkan para guru untuk membina soalan dan jawapan sendiri berdasarkan topik yang diajarpada hari tersebut. Selain itu, guru juga boleh membina soalan dengan memasukkan audio, video atau rajah yang berkaitan dengan soalan yang ingin ditanya.

Aplikasi Kahoot antara aplikasi yang mudah diselenggara dan ia tidak mengenakan sebarang caj sepanjang penggunaan, untung bukan? Oleh itu, anda bolehlah mencuba untuk membina soalan dalam aplikasi tersebut dan baca Cara-Cara Menggunakan Aplikasi Kahoot.

2. Pandai

Pandai adalah aplikasi pembelajaran yang sangat aktif digunakan oleh pelajar-pelajar kita buat masa ini. Pandai adalah aplikasi yang boleh didapati secara percuma dan berbayar. Walaubagaimanapun, pelajar masih boleh menggunakan secara percuma kerana Pandai dapat membantu pelajar menjawab soalan dalam mengulangkaji pelajaran mereka setiap hari dengan adanya kuiz, soalan-soalan ujian, soalan topikal dan banyak lagi.

Apa yang bagus, jawapan dan penerangan disediakan dan sangat lengkap. Ianya memudahkan pelajar untuk belajar dari kesilapan. Jangan risau setiap soalan dalam Pandai ini sentiasa up to date mengikut silibus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dalam Pandai ini juga, ibu bapa boleh ‘track performance’ anak-anak mereka sendiri.

Apa lagi, anda semua boleh melayari laman web mereka di www.pandai.org atau muat turun aplikasi Pandai di Google Playstore dan juga Apple Store. Daftar pun percuma. Selamat belajar yer.

3. Google Form

Google Form adalah salah satu aplikasi percuma di bawah Google. Aplikasi ini mesra pengguna kerana terdapat pelbagai fungsi untuk memanfaatkannya. Contohnya, dalam bidang penyelidikan, kebiasaannya para penyelidik menggunakan aplikasi ini untuk membuat tinjauan soal jawab tentang penyelidikan mereka.

Begitu juga fungsinya dalam bidang pendidikan. Guru-guru boleh menggunakan Google Form untuk mereka soalan yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Bezanya dengan aplikasi yang lain adalah Google Form ini kelihatan sedikit formal dan hanya boleh memasukkan rajah ketika membina soalan.

Anda perlu cuba membina soalan menggunakan aplikasi ini kerana ia sangat mudah. Rujuk video di bawah untuk bantu anda menggunakan Google Form.

4. Wordwall

Wordwall adalah aplikasi yang memberi lima template percubaan secara percuma dan yang paling menarik adalah permainan pembelajaran di dalam aplikasi ini jarang-jarang dijumpai di dalam aplikasi lain. Anda hanya perlu mendaftar akaun menggunakan emel anda dan anda boleh menggunakan semua template yang tersedia. Antara template yang terdapat di dalam Wordwall adalah Unjumble, Word Search, Random Wheel dan banyak lagi.

Aplikasi ini sesuai digunakan untuk pelbagai subjek termasuklah subjek Bahasa Arab kerana ia membenarkan untuk menggunakan tulisan jawi semasa membina soalan dan jawapan.

Kami berharap agar artikel ini mampu membantu pelajar, ibu bapa dan guru untuk menjadi lebih kritis dan kreatif untuk pembelajaran online nanti. Selamat mencuba!

*Sebagai rujukan artikel ini boleh lihat di laman web webpendidikan.my.

Related posts
News

Launch News : Gamified Quizzes Terbaru di Pandai Hari Ini! Launching Today!

Pandai

Pandai Lab 14 : Candle in Jar Experiment

Pandai

Pandai Videos : Belajar Percuma Seperti Dalam Kelas! Online dan Mudah!

Articles

Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan