GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

4 Gaya Pembelajaran Yang Efektif Untuk Peperiksaan

Saya dah cuba ulangkaji banyak kali tetapi masih tidak dapat memahami kandungan pembelajaran. Peperiksaan hampir tiba, bagaimana ni?!

Masalah ini tidak asing bagi para pelajar terutamanya apabila peperiksaan semakin hampir. Jangan risau! Ini mungkin hanya kerana pelajar telah mengamalkan kaedah ulangkaji yang tidak sesuai untuk diri sendiri. Seperti yang dibangunkan oleh Neil Fleming dalam model VARKnya, terdapat 4 gaya pembelajaran iaitu visual, auditori, kinestetik dan membaca/menulis. Setiap gaya pembelajaran ini efektif mengikut kekuatan setiap pelajar. Oleh itu, blog ini akan meneroka 4 gaya pembelajaran tersebut, cara untuk memanfaatkannya dan bagaimana Pandai boleh membantu pelajar belajar mengikut gaya pembelajaran.

Pelajar Visual

Pelajar visual yang mempunyai kebolehan untuk menyerap maklumat melalui visual seperti carta, rajah, graf dan pembentangan yang menarik. Mereka lebih mudah untuk menghafal dan memahami kandungan pembelajaran yang dibentangkan dalam bentuk visual. Dengan kebolehan ini, pelajar boleh membuat nota pembelajaran dalam bentuk peta minda, carta minda dan rajah yang kreatif. Selain itu, pelajar juga boleh menonton video pendidikan yang penuh dengan visual yang menarik perhatian. Oleh itu, pelajar visual boleh memanfaatkan aplikasi Pandai untuk belajar dengan efektif. Ini kerana Pandai menawarkan penggunaan pembelajaran dalam bentuk Flashcard dan video yang dapat menarik perhatian pelajar visual.

Pelajar Auditori

Pelajar auditori adalah pendengar yang baik. Mereka mempunyai bakat untuk mengingati maklumat dengan mendengarnya berulang kali atau bercakap tentangnya dengan orang lain. Pelajar jenis ini cemerlang dalam mendengar guru mengajar, melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan dan menyuarakan pendapat. Dengan bakat ini, pelajar boleh merekod pembelajaran dalam kelas dan mendengarnya berulang kali. Tambahan pula, mereka juga boleh belajar secara berkumpulan dan mengadakan perbincangan yang memanfaatkan. Maka, aplikasi Pandai amatlah berguna bagi pelajar auditori. Ini kerana Pandai mempunyai video pembelajaran dan tuisyen secara langsung yang boleh diulang.

Pelajar Kinestetik

Pelajar kinestetik adalah individu yang minat aktiviti fizikal. Mereka lebih suka mempelajari melalui aktiviti fizikal dan hands-on seperti praktikal, demonstrasi, eksperimen. Bagi pelajar kinestetik, aktiviti interaksi dan simulasi adalah senjata utama mereka untuk kejayaan peperiksaan. Mereka boleh mengaplikasikan senario role-play, jalankan eksperimen dan menggunakan objek untuk mewakili konsep-konsep abstrak. Walaupun dalam maya, aplikasi Pandai mempunyai ciri ‘eksperimen’ interaktif dimana pelajar boleh mengendalikan eksperimen di atas talian dan bebas untuk menukar pembolehubah manipulatif mengikut keinginan mereka.

Pelajar Membaca/Menulis

Pelajar membaca/menulis adalah individu yang mampu memproses maklumat dalam bentuk perkataan bertulis. Mereka senang belajar dengan bahan seperti buku teks, artikel dan arahan bertulis. Dengan kemampuan ini, pelajar membaca/menulis boleh mengambil nota bertulis semasa kelas untuk dibaca di kemudian hari. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan akronim untuk membantu penghafalan maklumat. Aplikasi Pandai amat berguna bagi pelajar jenis ini kerana Pandai mempunyai pelbagai ciri pembelajaran membaca. Sebagai contoh adalah buku teks dan nota ringkas.

Dengan memahami gaya pembelajaran untuk diri sendiri, sesi pembelajaran akan menjadi lebih efektif. Pelajar juga akan menjadi lebih minat untuk belajar kerana gaya pembelajaran yang mudah difahami. Oleh itu, pelajar haruslah meneroka empat gaya pembelajaran ini untuk memahami kekuatan diri. Goodluck Young Pandai!

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!