GET PANDAI APP NOW

Articles

5 Aplikasi ‘Main Sambil Belajar’ yang Anda Perlu Tahu!

Game, game, game! Siapa je tak suka main game? Best dan tak membosankan. Tapi, sebagai pelajar sekolah, sangat senang untuk kita tenggelam dan leka dengan main game. Tapi, dalam zaman yang berasakan teknologi sekarang, ada banyak cara yang kita boleh main game sambil tambah ilmu pengetahuan. Jom tengok 5 aplikasi main sambil belajar yang popular dan boleh kita cuba!

1. Pandai App

Pandai menawarkan Quiz Battle yang sangat disyorkan kalau adik-adik nak main sambil belajar! Pembelajaran dalam aplikasi Pandai berasakan permainan yang melibatkan pertandingan yang boleh kita fahami konsep-konsep dengan lebih mendalam. Pandai juga bantu memberi inspirasi dan keyakinan kepada pelajar dalam proses pembelajaran serta membantu mereka membangunkan kemahiran, bakat, dan kebolehan.

Daftar Pandai sekarang!

2. Kahoot!

Kahoot! ni memang jadi pilihan popular untuk guru-guru kat sekolah. Kenapa? Sebab aplikasi ini buat pembelajaran jadi lebih seronok dengan cara main game. Dengan Kahoot!, kita boleh main sendiri atau bersaing dengan kawan-kawan dalam kelas atau pun di rumah. Dalam proses ni, kita boleh pilih untuk belajar pelbagai topik samada subjek yang kita belajar di sekolah – macam matematik, sejarah, sains, atau belajar tentang perkara umum yang entertaining!

3. Duolingo

Pernah rasa nak belajar bahasa asing tak? Teringin nak faham apa orang Sepanyol maksudkan bila mereka kata que pasa? Haha! Kita boleh cuba guna aplikasi Duolingo. Aplikasi ini menawarkan pembelajaran pelbagai bahasa dengan cara yang santai dan menyeronokkan. Tak kira kalau kita nak belajar Bahasa Inggeris, Mandarin, atau bahasa Arab sekali pun, Duolingo boleh bantu!

4. BrainPOP

BrainPOP merupakan homepage untuk GameUp, portal di mana kita boleh kenali subjek-subjek yang berasaskan kurikulum melalui coding puzzles, dan pelbagai jenis cabaran yang boleh tingkatkan kemahiran sosial dan emosi kita. Ia ada pelbagai video pendek yang ajar tentang sains, sejarah, matematik, dan banyak lagi. Pasti takkan bosanlah sebab animasi comel dalam video tu akan buat kita rasa best nak belajar.

5. Quizlet

Quizlet memudahkan persediaan untuk ujian dengan membenarkan kita latih mengingat sebanyak mungkin menggunakan set kad flash di telefon atau komputer. Aplikasi ini menawarkan pelbagai kaedah ujian, termasuk multiple choice question, soalan true or false, dan terdapat pelbagai set permainan yang pelajar lain hasilkan dengan audio background yang menarik!

Dengan aplikasi-aplikasi menarik ni, kita boleh main sambil menambah ilmu pengetahuan dengan cara yang seronok. Lagipun, zaman sekarang memang banyak teknologi canggih, so kita boleh manfaatkan perkara ni untuk kebaikan diri.

Senang je nak apa? Senang je nak Pandai!


Log in or Sign Up at www.pandai.org | Download Pandai App now via Google Play or App Store
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook | Twitter | Tiktok | Instagram
#SenangJeNakPandai

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!