GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Rancangan Pengajaran Harian dengan “Pandai Teacher”

Apakah RPH?

Para pengajar semestinya mengetahui kepentingan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RPH ialah rancangan pengajaran harian yang semua guru perlu sediakan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.

RPH boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak.

KEPENTINGAN RPH

  • Menentukan objektif pengajaran tercapai
  • Memberikan keyakinan kepada guru sepanjang sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
  • Menjadikan sesi pengajaran yang dirancang bermula dan berakhir mengikut yang telah dirancang
  • Memastikan guru mengikut masa aktiviti yang diperuntukan sepanjang sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
  • Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid
  • Guru mengetahui kelemahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan pada sesi akan datang berdasarkan refleksi pengajaran sebelum ini

ISI KANDUNGAN RPH

  • Mata Pelajaran
  • Tarikh/Hari
  • Bidang Pembelajaran
  • Objektif/Kriteria Kejayaan
  • Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
  • ABM/BBM
  • Elemen Merentas Kurikulum
  • Tahap Pemikiran
  • Peta Pemikiran i-Think
  • Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
  • Tahap Penguasaan
  • Penilaian
  • Refleksi

Masalah Yang Dihadapi Oleh Para Guru

  • Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengambil masa yang lama
  • Rekod penyimpanan RPH yang kurang sistematik dan sukar akses
  • Pendigitalan RPH memerlukan guru-guru hidup dengan teknologi

Memperkenalkan “Feature” Terbaru Pandai Teacher : eRPH

Untuk menyenangkan para pendidik, Pandai Teacher telah menyediakan sistem RPH yang mudah akses dan mesra guru. Ianya percuma buat semua guru di Malaysia. Selain itu, Fungsi (aktiviti saranan) di dalam Pandai Teacher juga akan membantu guru menjimatkan masa untuk membina RPH. Cara untuk menggunakan sistem ini mudah sahaja, guru hanya perlu mendaftar akaun Pandai Teacher di laman Web Pandai.org .

Cara – cara menggunakan eRPH

1. Selepas berjaya mendaftar akaun Pandai Teacher, para guru hanya perlu pergi ke fungsi “eRPH” dan selepas itu tekan butang “Create New Lesson Plan”.

2. Lengkapkan maklumat RPH dengan memilih bahasa, silibus, mata pelajaran dan tahun. Tekan butang “Apply” selepas selesai

3. Mencipta RPH dengan mengisi semua butiran yang diberikan

Daftar Pandai Teacher Sekarang

Selain daripada eRPH, Pandai Teacher juga menyediakan pelbagai fungsi dan ekosistem pendidikan yang sistematik untuk semua pendidik.

  1. Micro CPD – pembangunan kandungan profesional yang mudah dihadam di hujung jari anda
  2. Pembinaan Kuiz – menghasilkan kertas latihan dan pentaksiran berdasarkan kurikulum kebangsaan malaysia dengan pantas

Impak Pandai Teacher kepada Pendidik

  • Guru dapat mengenal pasti idea pengajaran yang terbaik didalam negara
  • Guru dapat berkongsi aktiviti pengajaran yang berkualiti bersama semua guru
  • Guru dapat meningkatkan kualiti perancangan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sepanjang tempoh berkhidmat.
  • Matlamat jangka panjang ‘Pandai Teacher’ ialah ingin melihat lanskap pendidikan negara berubah ke arah lebih baik pada masa hadapan

Nantikan pelancaran Pandai Teacher : eRPH dalam masa terdekat! Perkembangan selanjutnya akan diberitahu secepat mungkin

Tunggu apa lagi? Jom daftar Pandai Teacher sekarang untuk pengajaran yang lebih mudah dan sistematik!

Log in atau daftar di Pandai Teacher melalui www.pandai.org atau;

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org

Related posts
NewsPandai

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2024/2025 dalam Projek Level Up Pandai!

CorporateNews

GOOD NEWS! Pandai Achieves ISO 27001:2022 Certification

PandaiProgram

FINALIST ANNOUNCEMENT & ANSWER REVEAL! - Brain Buster Challenge 2024

PandaiProgram

BRAIN BUSTER CHALLENGE: Unlock Your Mind and Solve The IMPOSSIBLE!