GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Aplikasi Pandai Efektif Di Sekolah Luar Bandar!

Rantau Panjang, Kelantan: “Dhia dah buat exam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris! Best teacher!”, kata Dhia, pelajar tingkatan 5 SMK Gual Periok. Dhia memberi maklum balas yang positif kepada Cikgu Azhani, guru Bahasa Inggerisnya terhadap penggunaanya kepada aplikasi Pandai. 

Cikgu Azhani Abdul Rahman merupakan cikgu subjek Bahasa Inggeris Tingkatan 1 – 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periok, Kelantan dan mempunyai pengalaman mengajar selama 30 tahun. Beliau  juga merupakan pemeriksa kertas SPM Bahasa Inggeris selama 11 tahun. Beliau telah mengenalkan Program “Geng Pandai SPM” kepada pelajar SMK Gual Periok.

Program ‘Geng Pandai SPM’ merupakan satu alternatif untuk meningkatkan pencapaian akademik calon-calon SPM 2021 susulan pengisytiharan penutupan sekolah secara bersemuka akibat pandemik Covid 19 pada 18.3.2020.

Objektif perlaksanaan Program Pandai di SMK Gual Periok adalah untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar yang terjejas akibat pandemik semasa Tingkatan 4 dan 5. Ianya juga untuk membantu pelajar mengurus masa sendiri untuk persediaan menghadapi peperiksaan selain memotivasikan murid untuk belajar menggunakan Aplikasi Pandai. 

Cikgu Azhani mengatakan bahawa aplikasi ini menjadi pilihan utama kerana ia merupakan satu aplikasi interaktif yang hanya memerlukan telefon bimbit, capaian internet dan semua pelajar dapat mengakses ianya dengan mudah. Walaupun SMK Gual Periok merupakan sekolah luar bandar, tetapi seramai 37 pelajar telah pun mendaftar untuk menggunakan aplikasi Pandai.

Menurut beliau juga, aplikasi Pandai ini dapat diakses secara percuma dan setakat ini 27 orang pelajar telah memberikan respons yang positif dan mereka seronok menggunakan Pandai untuk belajar. Selain itu, 14 orang pelajar telah pun menaik taraf akaun mereka kepada Pandai Premium untuk menikmati akses tuisyen atas talian bagi semua subjek SPM. 

Antara maklum balas yang diberikan oleh pelajar SMK Gual Periok

Impak yang diberikan oleh Pandai kepada pelajar di sekolah ini amatlah besar. Pada Julai 2021, pelajar-pelajar  di SMK Gual Periok telah berjaya meraih tempat dalam carta 20 teratas Peringkat Kebangsaan dan juga Peringkat Negeri Kelantan. Ini membuatkan mereka bersemangat dan berlumba – lumba  untuk melayakkan diri masuk ke dalam carta “Leaderboard”.

Beliau berkata lagi kekuatan utama Pandai adalah “Gamefication” dalam kuiz harian, ujian topikal, dan sampel peperiksaan menjadi asbab utama pelajar mengulangkaji pelajaran dengan lebih efektif dan mempunyai semangat daya saing yang tinggi antara pelajar sekolah tersohor yang lain.

Tambahan lagi, Pandai menyediakan soalan-soalan yang mirip kepada soalan peperiksaan SPM sebenar dan ianya membantu pelajar untuk lebih bersedia dan mengulangkaji pada kadar yang optimum dan baik. Disamping itu, pelajar juga menjawab soalan dengan mudah dan jelas terutamanya pada subjek matematik kerana setiap jawapan digred secara automatik beserta penjelasan dan jalan pengiraan. 

Ciri-ciri ‘Smart Bots’ atau robot pintar, ‘micro credentials’ (penganugerahan lencana pencapaian, e-sijil dan sebagainya) serta ‘differentiated learning’ yang berfokuskan individu, menjadi pemangkin dalam meningkatkan pemahaman sekaligus memaksimakan pencapaian terbaik pelajar.

Maklum balas dari Guru di SMK Gual Periok

Penyampaian hadiah juga dijalankan sebagai tanda penghargaan dan pemangkin untuk pelajar-pelajar yang berjaya meletakkan dirinya dalam carta Peringkat Kebangsaan. Nur Aifaa Aqilah berjaya mendapat tempat ke-2 terbaik Peringkat Kebangsaan manakala Muhammad Alif Shahril berjaya mendapat tempat ke-7 terbaik Peringkat Kebangsaan. Hadiah berupa KFC telah diberikan sebagai penghargaan dan motivasi supaya para pelajar lebih bersemangat membuat latihan dengan Pandai. 

Aplikasi Pandai merupakan aplikasi yang sangat membantu pelajar SMK Gual Periok pada saat motivasi intrinsik mereka sangat rendah. Pandai juga membantu dalam membuka dan memberikan pandangan yang baru terhadap penggunaan alat komunikasi seperti telefon pintar, komputer riba, tablet dan sebagainya bukan punca utama kegagalan pelajar untuk bermain permainan atas talian sahaja malah ianya digunakan untuk pembelajaran yang lebih pantas dan mudah untuk diakses dihujung jari sahaja. Menurut Cikgu Azhani, guru perlulah bertindak mengikut keperluan masa kini dan mengambil kira semua kaedah yang bersesuaian kepada pelajar di zaman kini.

Log in atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficialBlog: blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

ArticlesPandai

Bersedia untuk Back-To-School dengan Seminar Permulaan Baru 2024!

PandaiProgram

Seminar Ubah Result SPM 2023 is done!