GET PANDAI APP NOW

News

Calon SPM 2020 Kena Ke Sekolah Januari Ini

Pelajar SPM 2020 diwajibkan ke sekolah pada Februari 2021

KUALA LUMPUR: Para pelajar Tingkatan 5 tahun 2020 yang dijadual menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan Februari 2021 perlu hadir ke sekolah seperti biasa apabila sesi persekolahan dibuka semula 20 Januari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Muslimin Yahaya berkata, ia bagi memberi peluang kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka sebelum kumpulan tersebut berdepan peperiksaan besar.

“Untuk pengetahuan yang berhormat, pelajar-pelajar Tingkatan 5 2020 akan berada di persekolahan 2021 sehingga mereka memulakan sesi peperiksaan  pada Februari.

“Ini supaya kita boleh memberi sedikit ruang kepada mereka bersemuka dengan cikgu-cikgu sebelum menghadapi peperiksaan sebagaimana ditakwimkan Kementerian Pendidikan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 bagi kementeriannya di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian menjawab celahan Senator Datuk Razali Idris berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan meminda tarikh peperiksaan SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada 22 Februari 2021.

Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula dianjak ke 8 Mac 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin memaklumkan perincian mengenai semua peperiksaan awam itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, penjadualan semula peperiksaan awam tidak akan menjejaskan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). – UTUSAN

Related posts
PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

ArticlesPandai

Mengenal Potensi Anak-Anak: Mengapa Ini Penting?

PandaiProgram

Seminar Ubah Result SPM 2023 is done!

Pandai

One Last Push untuk SPM dengan KELAS INTENSIF!