GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Fail Rekod Persediaan Mengajar Mudah Akses Dan Sistematik 2024/25

Hi rakan-rakan guru,

Adakah anda inginkan fail rekod pengajaran yang kemas dan tersusun? Yang tampak professional dan mudah disemak oleh pentadbir?

Jangan risau… Pandai ada menyediakan bahan sokongan Fail Persediaan Mengajar sesi 2024/25 untuk anda!

Apa yang best? Anda boleh dapatkan bahan untuk rekod RPH ini secara PERCUMA!

Keperluan Penyediaan Fail Persediaan Mengajar RPH 

  • Meningkatkan profesionalisme dan memberi keyakinan kepada guru dalam menjalankan tugas
  • Membantu guru merancang pengajaran & RPH dengan tersusun dan mengikut urutan
  • Membantu guru merekod perkara berkaitan aktiviti sebelum dan selepas pengajaran
  • Membantu guru untuk menjejaki jadual waktu yang telah ditetapkan
  • Pengurusan fail juga adalah salah satu syarat penilaian bagi calon guru cemerlang

Kelebihan menggunakan bahan sokongan Fail Persediaan Mengajar dari Pandai

  • Reka bentuk yang menarik – boleh digunakan oleh semua guru (lelaki dan perempuan)
  • Mesra pengguna – kebanyakan teks yang disediakan boleh di ‘edit’ secara langsung dengan aplikasi Google Slides atau di muat turun sebagai fail Power Point (pptx), dan imej boleh ditukar/ditambah mengikut keperluan
  • Kandungan yang lengkap bagi pengurusan fail sepanjang tahun
  • Fail tampak kemas, tersusun dan profesional

Muat Turun Bahan Sokongan Fail Persediaan Mengajar Sesi 2024/25 Dengan Percuma!

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun bahan sokongan ini secara PERCUMA dari Pandai sekarang untuk fail persediaan mengajar yang mudah akses dan sistematik. 

Cara-caranya:

  • Log masuk ke account Google anda
  • Klik pada pautan fail pilihan untuk simpanan dan pengubahsuaian fail Google Slides tersebut.

Fail Induk Guru

Pembahagi Cuti Perayaan

Pembahagi Mingguan Kumpulan A

Pembahagi Mingguan Kumpulan B

  • Klik pada butang ‘Make a Copy’ untuk simpanan dan pengubahsuaian fail Google Slides tersebut.

Bahan dalam bentuk softcopy, hanya perlu print sahaja. Mudah kan?

Semoga bahan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Pandai akan terus bergerak seiring dengan rakan-rakan guru dalam membina bahan bantu mengajar yang terbaik bagi mendidik anak bangsa!

Jangan lupa mendaftar di ‘Pandai Teacher‘ serta ikuti kami di laman sosial Pandai untuk maklumat terkini. Dan… kongsikan maklumat ini bersama semua rakan rakan guru anda!

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org

Related posts
CorporateNews

GOOD NEWS! Pandai Achieves ISO 27001:2022 Certification

PandaiProgram

FINALIST ANNOUNCEMENT & ANSWER REVEAL! - Brain Buster Challenge 2024

PandaiProgram

BRAIN BUSTER CHALLENGE: Unlock Your Mind and Solve The IMPOSSIBLE!

PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!