GET PANDAI APP NOW

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!

Hai Young Pandai!🤩 Pandai dengan bangganya memperkenalkan dua kelas motivasi terbaru yang dirangka khas untuk Young Pandai!🥳 Dibawakan oleh dua motivator profesional terkenal, Dr. Shukri Abdullah dan Dr. Siti Rohkmah, kelas-kelas ini bertujuan membimbing pelajar ke arah kejayaan melalui panduan dan inspirasi yang unik.

Apa itu Modul ‘Formula Pelajar Cemerlang’ dan ‘Skills to Score’?

Kelas ‘Formula Pelajar Cemerlang’ memberikan tips dan panduan belajar yang diamalkan oleh Malaysian Top Students. Sementara modul ‘Skills to Score’ membekalkan tiga kemahiran belajar utama untuk meningkatkan prestasi akademik.

Kenali Tenaga Pengajar Kelas-Kelas Ini

Dr. Shukri Abdullah
Dengan lebih dari 13 tahun pengalaman bertugas di USM dan menjadi motivator terkemuka, Dr. Shukri Abdullah membawa pengalaman yang kaya dalam bidang pendidikan. Beliau juga merupakan pengarang 9 buah buku motivasi, termasuk “Melekat Pada Gajet” dan “Genius Guna Gajet”. Selain itu, sebagai seorang bapa kepada 10 orang anak yang semuanya berjaya di peringkat pendidikan tinggi, Dr. Shukri membawa elemen keibubapaan yang memberikan perspektif unik kepada pendekatan motivasinya.

Dr. Siti Rohkmah
Beliau memegang ijazah dan MA dalam bidang Computer Science dan Ph.D. daripada University of Birmingham, UK, dengan tumpuan dalam aplikasi komputer dan psikologi. Beliau pernah menjadi pensyarah sains komputer di Universiti Teknologi PETRONAS dan turut terlibat dalam projek Big Data dengan Kementerian Pendidikan. Penyelidikannya tentang pengaruh gajet komputer terhadap kanak-kanak, membawa sumber ilmu yang penting dalam konteks pendidikan dan pembelajaran digital.


Apa yang menarik dan boleh dipelajari dalam kelas ini?

Setiap kelas dilengkapi dengan 11 video motivasi beserta 11 kuiz mudah. Pelajar akan diberikan Sijil Pencapaian setelah menamatkan setiap kelas. Antara formula pelajar cemerlang dan skills to score yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

Formula Pelajar Cemerlang:

  • Membina sikap positif dan mindset pembelajaran.
  • Strategi belajar Malaysian Top Students.
  • Menetapkan matlamat pembelajaran yang jelas.
  • Lebih bijak menguruskan masa belajar.
  • Memahami kepentingan disiplin diri.

Skills to Score:

  • Strategi pengukuhan daya ingatan.
  • Panduan membaca dengan efektif.
  • Kemahiran membuat Nota Peta Minda.

Macam mana nak sertai kelas-kelas ini?

  1. Muat Turun Aplikasi Pandai dan Log Masuk 
    Pastikan aplikasi Pandai telah dimuat turun di peranti anda. Jika belum, anda boleh memuat turunnya melalui App Store atau Google Play. Pandai juga boleh diakses di web browser anda. Daftar sekarang di Pandai untuk mendapatkan akses kepada modul terbaru ini.
  2. Akses Modul
    Modul ini telah tersedia di Pandai. Cari modul ini di menu Kelas’ dengan tajuk ‘Formula Pelajar Cemerlang’ dan ‘Skills to Score’ dan mula belajar!
  3. Pembayaran Kelas
    Setiap kelas motivasi ini dikenakan bayaran secara one-off untuk kesemua 11 modul dan sijil yang tersedia.
  4. Ikuti Setiap Video dan Kuiz
    Lakukan satu persatu video dan kuiz. Berikan perhatian sepenuhnya untuk mendapatkan manfaat yang maksimum.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, Young Pandai! Dapatkan Kelas Formula Pelajar Cemerlang dan Skills to Score (dan banyak lagi😉🤫) sekarang untuk merangkul kejayaan akademik yang cemerlang.🌟💯 Dengan bimbingan daripada Dr. Shukri Abdullah dan Dr. Siti Rohkmah, anda akan memperoleh pelbagai strategi dan kunci kejayaan akademik. Jom kita terokai rahsia kejayaan bersama-sama! 🚀📚 #SenangJeNakPandai #FormulaPelajarCemerlang #SkillsToScore


Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival