GET PANDAI APP NOW

PandaiProgram

Grand Preview Pandai Consultant: Raih Pendapatan Bersama Pandai!

Pada 15 Julai 2023, Pandai telah mengadakan Grand Preview Pandai Consultant di Pejabat Pandai di Menara SUEZCap KL Gateway. Program ini telah mendapat sambutan yang ramai dan dirasmikan oleh Hafizuddin dari Ejen2u.

Grand Preview Pandai Consultant adalah program khas buat Konsultan yang telah dan ingin berdaftar bersama Pandai. Program ini bertujuan untuk berkongsi peluang membina pendapatan bersama Pandai, serta perkongsian perkembangan terkini, dan strategi terbaru bagi membantu Konsultan Pandai mencapai 3 hingga 4 angka pendapatan bulanan tambahan secara pasif. 

Grand Preview Pandai Consultant dimulakan dengan ucapan oleh CEO Pandai sendiri, Encik Khairul Anwar yang telah memberikan gambaran menyeluruh mengenai Pandai. Beliau turut berkongsi visi dan misi Pandai, yaitu untuk membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka dan menerangi jalan kejayaan di dunia pendidikan. 

Pasukan produk Pandai kemudian menyampaikan sesi penerangan produk dengan lebih mendalam. Penekanan diberikan pada kejayaan dan kejayaan pelajar-pelajar Pandai yang telah berjaya melonjakkan prestasi akademik mereka dan memberi keyakinan terhadap produk Pandai dalam meningkatkan prestasi pelajar.

Grand Preview Pandai Consultant ini turut menyediakan platform buat Encik Muhsin salah seorang co-founder dari Ejen Venture untuk penerangan tentang pelan ganjaran yang telah direka khas untuk Konsultan Pandai. Dengan pendapatan pasif yang bakal dijana melalui program ini, para Konsultan dapat mengatasi cabaran kewangan dan matlamat tersendiri dengan lebih yakin.

Salah satu sesi yang paling menarik dan unik buat semua Konsultan Pandai, adalah Bakar Session, yang disampaikan oleh HJ Imran. Beliau merupakan seorang lejen dalam industri agentship yang mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman dalam membangunkan sistem ejen dan telah berjaya melahirkan lebih daripada 20 orang jutawan sepanjang karier beliau. Dalam sesi ini, HJ Imran berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi kepada para konsultan untuk mengumpul komisen yang luar biasa melalui Program Konsultan Pandai yang telah disediakan. Konsultan diajar untuk sentiasa fokus pada objektif mereka dan memberikan yang terbaik dalam setiap peluang yang diberikan.

Seterusnya, Pasukan Sales Pandai meneruskan program dengan penuh dedikasi dalam membantu Konsultan Pandai yang baharu. Pasukan sales telah menyediakan bantuan dalam proses pendaftaran serta memberikan jawapan komprehensif kepada sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan produk serta Program Konsultan Pandai. 

Kesemua pengasas Pandai dan pasukan penting turut hadir dalam program ini bersama maskot Pandai, PBot!

Pandai sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menyediakan sokongan dan panduan untuk memacu kejayaan dengan mengadakan Grand Preview Pandai Consultant. Program ini akan diadakan secara berkala setiap bulan untuk terus memberi inspirasi dan manfaat kepada perkembangan dan kejayaan setiap Konsultan Pandai. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Grand Preview Pandai Consultant!

Jangan lupa untuk mendaftar & menghadirkan diri ke Grand Preview Pandai Consultant yang ke 2 yang akan berlangsung pada 20 Ogos 2023, Ahad bermula Jam 2.00pm sehingga 5 petang di Pejabat Pandai! Capai peluang keemasan menjadi Konsultan Pandai yang terawal dalam memacu sistem pendidikan Malaysia!

Link pendaftaran : https://forms.gle/EZ4XkVGhMS9SC3mp8


Log in or Sign Up at www.pandai.org 
Download Pandai App now via Google Play or App Store.
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#AchieveTogether

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!