GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Jadi lebih DISIPLIN dengan hanya 5 Langkah ini!

Ada satu cara sahaja kalau kita nak ubah gaya hidup untuk jadi lebih baik dan teratur, lagi-lagi sebagai seorang pelajar – disiplin. Kalau pernah terlambat ke sekolah atau selalu tak buat kerja sekolah on time, 5 langkah ni memang khas untuk kita latih diri untuk lebih berdisiplin!

1. Bangun Awal

Bangun awal ni bukan bermaksud korang kena bangun pukul lima pagi setiap hari. Tapi cuba bangun 15-30 minit lebih awal daripada biasa. Bila kita bangun awal, kita ada lebih banyak masa untuk bersiap-siap dengan tenang dan buat kerja sekolah yang tertangguh. Imagine korang bangun awal, buat keje sekolah, dan masih ada masa untuk makan sarapan yang sedap sebelum pergi sekolah. Macam best, kan?

2. Buat Jadual Waktu

Jadual bukan untuk orang dewasa je, tau. Kita sebagai pelajar pun sepatutnya mesti ada jadual sendiri supaya hari kita lebih smooth. Kalau rasa susah nak buat jadual harian, cuba mula dengan jadual mingguan. Tulis masa untuk belajar, rehat, hobi, dan waktu untuk bermain. Bila ikut jadual, kita takkan terlepas untuk buat apa yang patut sebab semuanya dah tertulis dan teratur!

3. Buat Ulangkaji

Nak jadi berdisiplin dalam pelajaran, takde cara lain dah, kenalah rajin ulangkaji. Jangan tunggu ujian akhir tahun baru nak fikir nak study itu dan ini. Lepas habis je belajar satu bab, buat ulangkaji ringkas dan recall balik apa yang cikgu telah ajar. Bila kita ulangkaji, kita jadi lebih faham, mudah nak ingat, dan yakin dalam kelas. Taktau nak ulangkaji dekat mana? Jom cuba Pandai!

Pandai ni adalah satu aplikasi ulangkaji pertama di Malaysia! Dalam aplikasi Pandai lengkap dengan asas untuk pelajar sekolah buat persediaan dalam pelajaran. Contohnya ada quiz, latihan, kertas peperiksaan, dan nota ringkas. Aplikasi Pandai ni unik sikit, sebab mod pelajaran dia kebanyakannya digamifikasikan atau gamified! Jadi takdelah rasa bosan nak belajar!

4. Banyakkan Membaca

Membaca ni tak semestinya baca buku teks je. Buku-buku macam komik, novel, atau apa-apa material ilmiah mengikut bahasa pilihan masing-masing pun cukup as long as kita membaca. Membaca ni ada banyak sangat manfaat! Selain boleh latih minda kita untuk lebih cerdas dan tambah ilmu pengetahuan, aktiviti membaca ni secara tak langsung mengajar kita untuk fokus dan tajamkan perhatian kita. Antara skill yang boleh kita dapat daripada membaca adalah attention to detail, satu kemahiran yang sangat mahal untuk seseorang yang berdisiplin.

5. Buat Aktiviti Produktif

Kadang-kadang bila luang masa belajar je otak kita boleh rasa lepu kan? Jangan lupa untuk take a break dan buat aktiviti untuk kekal produktif! Selalunya dekat sekolah ada aktiviti kokurikulum dan boleh sertai kelab atau persatuan yang kita minat. Kalau korang suka seni, join kelab seni. Kalau suka sukan, join pasukan sukan. Selain itu, kalau ada masa terluang, jangan lupa untuk amalkan hobi yang kita minat! Aktiviti-aktiviti ni boleh bantu kita bersosial, bina semangat, dan yang paling penting, kita boleh jadi lebih berdisiplin!

Jadi, konklusinya nak jadi disiplin ni bukanlah susah sangat. Kita kena agih masa dengan baik dan amalkan aktiviti yang bermanfaat dengan konsisten. Cuba terapkan langkah-langkah simple ni dan lihat perubahan dalam hidup sebagai seorang pelajar! Ingat, disiplin bukan bermaksud tak boleh berseronok. Ia bantu kita jadi lebih teratur dan siap sedia untuk cabaran-cabaran dalam hidup. Selamat mencuba! 🌟


Log masuk atau daftar di www.pandai.org 
Muat turun Pandai di Google Play or App Store.
Follow Pandai di sosial media untuk info lebih lanjut!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial 
@youngpandai 
@youngpandaijr
Blog: blog.pandai.org
#SenangJeNakPandai

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!