GET PANDAI APP NOW

News

Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023/2024

Menurut laporan, peperiksaan SPM 2023 dijadual bermula pada 5 Disember, sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan untuk secara beransur-ansur mengembalikan sesi permulaan persekolahan kepada tarikh asal iaitu pada bulan Januari.

Peperiksaan akan bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, diikuti Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan. Bagi peperiksaan bertulis, ia akan berlangsung bermula 30 Januari, dengan kertas terakhir pada 7 Mac. Berikut adalah maklumat rasmi mengenai peperiksaan SPM yang akan datang.

Tarikh-Tarikh Penting Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023/2024

TARIKHUJIAN
5 – 7 Disember 2023Ujian Amali Sains
8 – 11 Januari 2024Ujian Bertutur Bahasa Melayu
17 – 23 Januari 2024Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
29 Januari 2024Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
30 Januari – 7 Mac 2024Ujian Bertulis

Jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023/2024

Jadual terkini peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 disertakan di bawah, dengan mempertimbangkan pelbagai faktor seperti jumlah hari sekolah dan Cuti Umum Persekutuan dan Negeri.

Untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023, sila layari laman web Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my.


Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial