GET PANDAI APP NOW

News

Semakan Keputusan PSPM – Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Makluman kepada semua pelajar matrikulasi, berikut merupakan Pengumuman Tarikh Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I & III Sesi 2023/2024

Tarikh: 23 Feb 2024 
Masa: Bermula jam 10.00 pagi

Rujuk cara membuat semakan dalam artikel ini selanjutnya.

Berikut dikongsikan beberapa kaedah untuk anda membuat semakan keputusan Peperiksaan Matrikulasi :

I) SEMAKAN SECARA ONLINE

Kaedah dan garis panduan keputusan:
1) Layari ” http://matrikulasi.moe.gov.my “
2) Pilih Semakan Peperiksaan
3) User ID: No matrik + 6 Digit terakhir No. Kad Pengenalan

NOTA :
Sila muat turun dan simpan slip keputusan selepas melihat.

II) Melalui SMS

Langkah semakan keputusan PSPM melalui SMS :

MOE<jarak>MAK<jarak>NoKP & SMS ke 15888

III) SEMAKAN MELALUI TELEFON

Langkah semakan keputusan PSPM melalui TELEFON:

i. Kolej masing-masing.
ii. Bahagian Matrikulasi KPM melalui talian 03-8884 4083 atau 03-8884 4020

Artikel berkaitan: Program Matrikulasi KPM: Lokasi, Kursus / Jurusan, Permohonan

Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan

Permohonan semak semula boleh dibuat melalui langkah langkah berikut:

Permohonan semak semula hanya bagi keputusan PSPM hendaklah dibuat melalui kolej masing-masing.

Kadar bayaran bagi setiap kursus yang disemak semula adalah RM50.00 (tidak
termasuk caj dan cukai berkuatkuasa bagi kiriman wang/ draf bank).

  1. Hanya untuk Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semasa sahaja.
  2.  Permohonan semak semula keputusan PSPM dibuka bermula 22 Februari hingga 06 Mac 2024
  3. Permohonan semak semula hanya bagi keputusan PSPM Semester I & III Sesi 2023/2024 dan hendaklah melalui kolej masing-masing.

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial