GET PANDAI APP NOW

Articles

Jom Tingkatkan Motivasi Untuk Belajar Dengan Cara Ini!

Adik-adik pernah rasa tak; semakin dekat tarikh peperiksaan, semakin rendah motivasi untuk belajar? Fenomena ini tidak asing bagi pelajar. Kehilangan motivasi ini mungkin kerana perasaan bimbang, tekanan dan keletihan yang keterlaluan. Kecemerlangan akademik bukan memerlukan bahan belajar sahaja, malah motivasi yang berterusan untuk mencapai sesuatu matlamat. Terdapat 4 cara utama untuk meningkatkan motivasi diri untuk belajar iaitu:

1. Tetapkan Matlamat Kecil

Pecahkan matlamat besar kepada matlamat kecil yang boleh diurus. Matlamat kecil lebih mudah untuk dicapai dan sekaligus meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar. Antara contoh matlamat kecil ini ialah menguasai sesuatu konsep, memahami satu bab dan menghabiskan satu latihan. Dengan pencapaian matlamat kecil ini, pelajar akan rasa lebih yakin dan semangat untuk cuba mencapai matlamat akademik yang besar. 

2. Cari Masa Produktiviti Puncak Anda

Kadangkala, pelajar bukannya tidak bermotivasi untuk belajar, tetapi kerap belajar pada waktu yang salah. Setiap individu mempunyai masa tersendiri dimana mereka lebih aktif untuk menyerap ilmu. Pagi, petang atau malam – pada masa produktiviti ini, tempoh tumpuan pelajar akan tahan lebih lama dan tahap tenaga akan lebih tinggi. Jadi, pelajar akan lebih bermotivasi apabila belajar pada masa yang betul.

Jadikan Sesi Belajar Lebih Menarik

Tinggalkan buku teks yang membosankan. Spice it up! Pelajar boleh buat nota berwarna-warni, tonton video pembelajaran dan cuba kuiz gamifikasi! Sesi belajar yang lebih menarik dapat meningkatkan motivasi dan proses pembelajaran dengan ketara. Pelajar harus lebih kreatif dan memasukkan elemen-elemen yang menyeronokkan dalam pembelajaran. Musik, ruang belajar yang cantik dan bahan yang interaktif adalah contoh cara untuk menyuntik kreativiti dalam sesi belajar.

Meraikan Pencapaian Kecil

Memberi ganjaran kepada diri sendiri untuk setiap pencapaian kecil boleh menjadi dorongan untuk meningkatkan motivasi belajar. Semua jenis pencapaian dikira sebagai pencapaian, walaupun sekecil mendapatkan 2 markah berlebihan dari markah peperiksaan yang lepas. Ini mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan bermotivasi. Ganjaran untuk meraikan pencapaian kecil ini termasuk menikmati snek kegemaran, menonton cerita kegemaran dan bersosial bersama rakan-rakan. 

Dalam mengejar kecemerlangan akademik, tahap motivasi pelajar mungkin tercabar kerana tekanan dalam pembelajaran. Namun, motivasi setiap individu adalah peribadi dan transformatif. Jika pelajar berasa kurang motivasi, pelajar boleh meneroka strategi-strategi baru yang dapat mengubah pendekatan pembelajaran. Yang penting sekali, matlamat utama pelajar haruslah jelas iaitu keputusan akademik yang membanggakan.


Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial