GET PANDAI APP NOW

PandaiProgram

Kejayaan Program School Outreach bersama Pandai

Memperkenalkan Program School Outreach Pandai!

Program School Outreach Pandai adalah program yang menarik bagi memperkenalkan pembelajaran digital kepada pelajar. Dalam program ini, kami menerapkan konsep pengisian ilmiah yang padat dan terkini untuk memenuhi kehendak para pelajar. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pemikiran kritis dalam pembelajaran dengan bantuan teknologi melalui aplikasi Pandai. Beberapa penekanan utama dalam program ini termasuklah:

  1. Aktiviti yang menarik minat pelajar untuk menerokai mata pelajaran secara mendalam menggunakan aplikasi Pandai.
  2. Membantu pelajar memahami bahawa pembelajaran boleh menjadi menyeronokkan.
  3. Menyediakan peranti yang memudahkan proses pembelajaran yang menarik.
  4. Memperkenalkan cara pembelajaran digital menggunakan aplikasi Pandai kepada pelajar.

Kegunaan gadget dalam pembelajaran telah menjadi norma baharu dalam bidang pendidikan. Oleh itu, pengenalan aplikasi pembelajaran yang berkualiti seperti Pandai adalah penting untuk memperkayakan pengetahuan pelajar. Program School Outreach Pandai bertujuan memberikan perspektif positif dalam pembelajaran Matematik dan Sains kepada pelajar.

Penyertaan School Outreach Pandai

Program School Outreach Pandai telah disertai beberapa sekolah dalam daerah Kuala Lumpur dan Selangor dan telah mendapat sambutan yang hebat oleh pihak sekolah! Sekolah pertama yang Pandai jelajahi adalah SK Puchong Perdana yang  melibatkan pelajar Tahun 4 dan 5 bersama 600 orang pelajar! Selain itu, antara sekolah-sekolah yang telah menurut serta dalam program ini adalah SK Puchong Jaya, SK Taman Universiti, SK Taman Sungai Besi Indah dan SMK Puchong Utama 1.

Aktiviti School Outreach Pandai dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 10.15 pagi dan dari jam 10.30 pagi hingga 11.45 pagi. Program School Outreach bersama Pandai telah mendapat sambutan yang menggembirakan dari pelajar dan pihak sekolah. Semua pihak sekolah yang terlibat memberikan maklum balas positif terhadap program ini. Para pelajar juga menganggap aktiviti ini baik dan sangat membantu dalam pengetahuan mereka tentang sistem Pandai. Selain itu, Pandai juga telah menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah dan berharap untuk menjalankan lebih banyak program dan memberikan manfaat yang lebih besar! 

School Outreach @ SK Puchong Perdana

Dengan adanya Program School Outreach bersama Pandai, pembelajaran digital yang berkualiti semakin mudah diakses oleh pelajar. Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka pelajaran secara mendalam melalui aplikasi Pandai dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. Pandai berharap program ini dapat terus berkembang dan memberikan manfaat yang berkekalan dalam dunia pendidikan.


Log in or Sign Up at www.pandai.org 
Download Pandai App now via Google Play or App Store.
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#AchieveTogether

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!