GET PANDAI APP NOW

CorporateNews

Maahad Tahfiz Negeri Pahang Sekolah Terbaik SPM 2023

Keputusan SPM 2023 menyaksikan Gred Purata Nasional (GPN) adalah 4.60 dengan peratusan calon layak menerima sijil sebanyak 93.5 peratus. Laporan Berita Harian menunjukkan seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang dengan Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada tahun 2023, berbanding 10,109 calon pada tahun 2022, mencatatkan peningkatan yang ketara.

Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran juga meningkat kepada 83,112 calon berbanding 75,322 calon pada tahun sebelumnya.

Namun, seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu SPM 2023 dilaporkan tidak hadir menduduki peperiksaan. Mankala, dari segi kehadiran, 373,525 orang calon atau 97.4 peratus menduduki SPM 2023 manakala jumlah calon tidak hadir berjaya dikurangkan 1.2 peratus berbanding tahun lalu.

TOP 20 Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2023 Mengikut Gred Purata Sekolah (GPS):

1. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1.070)

2. Sek.Sultan Alam Shah,Putrajaya. (1.073)

3. Kolej Tunku Kurshiah,N.9 (1.248)

4. SM Sains T. Munawir,N.9 (1.255)

5. Kolej Yayasan Saad,,Melaka. (1.257)

6. Sekolah Seni Malaysia, Johor. (1.278)

7. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. (1.282)

8. SM imtiaz Kemaman, Terengganu. (1.324)

9. SBPI Gombak, Selangor. (1.385)

10. SM Sains Kuala Terengganu. (1.401)

11. SM Sains T. Aishah Rohani, N.9 (1.403)

12. SAM Bestari,Selangor. (1.409)

13. Sekolah Tun Fatimah, Johor. (1.421)

14. SM Sains Kota Tinggi, Johor. (1.442)

15. SMKA Sultan Azlan Shah,Bota Perak.(1.455)

16. SMK Agama Putrajaya. (1.465)

17. MRSM Tun Ghafar Baba,Melaka.(1.490)

18. SBPI Kuantan,Pahang.(1.504)

19. SMKA Kerian,Perak.(1.506)

20. SMK Bukit Jambul,Penang.(1.533)

“Pandai Scholarship” tajaan Yayasan Pahang

Antara pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang ditaja oleh Yayasan Pahang menggunakan Pandai Premium

Dalam pelaksanaan projek ini, pihak Pandai telah bekerjasama dengan Yayasan Pahang dalam projek Pandai Scholarship Sponsored by Yayasan Pahang untuk memberi tajaan biasiswa pembelajaran dengan menggunakan Pandai Premium selama 5 bulan kepada 115 orang pelajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. 56 daripada mereka adalah calon SPM 2023.

Laporan keseluruhan mendapati pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang ditaja aktif dalam menggunakan aplikasi Pandai. Secara purata, kadar aktiviti mereka lebih tinggi dengan pengguna aplikasi Pandai lain di seluruh negara. Secara keseluruhan tahun ini, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah menjawab lebih kurang 67,000 soalan, hampir 13,000 kuiz, hampir 14,000 bahan bantuan pelajaran flashcard dan telah menyertai lebih dari 60 Live Tuition.

Selain itu, Pandai juga sedang dalam perbincangan untuk melancarkan MTNP 2.0 dan komited untuk terus menyediakan solusi pendidikan terbaik buat semua. Pandai mempunyai matlamat yang teguh untuk membantu dan memberi kuasa kepada pelajar mencapai potensi tertinggi mereka dalam pendidikan.

Oleh itu, Pandai ingin merakamkan jutaan tahniah kepada Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan semua yang terlibat dalam kejayaan luar biasa ini. Pencapaian yang baik ini telah menetapkan suatu penanda aras baru, dan Pandai amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Bersama-sama, kita akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.


Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial