GET PANDAI APP NOW

News

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2023 Telah Diumumkan

Tarikh semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 telah diumumkan pada 27 Mei 2024. Calon yang menduduki peperiksaan itu di sekolah boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 pada tahun 2024 ini

KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024.

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 27 Mei 2024.

KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://www.myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6 petang 2 Jun 2024.

Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan slip peperiksaan SPM 2022 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. 

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024.

Sumber: ecentral.my


Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial