GET PANDAI APP NOW

Pandai

Apa itu Pandai Lab?

Pertama kali, Pandai akan mengadakan Pandai Lab yang merupakan rancangan atau pertunjukan aktiviti eksperimen Sains. 

Pandai Lab ini akan dijalankan secara langsung di dalam platform Facebook Pandai setiap minggu pada hari Selasa bermula jam 2 petang. 

Aktiviti Eksperimen akan dikendalikan oleh team Pandai sendiri. Kesemua bahan dalam aktiviti eksperimen Pandai Lab ini dipilih secara mudah didapati di rumah malah selamat digunakan. 

Tujuan Pandai Lab ini diadakan adalah memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk lebih minat dalam bidang sains serta memberi pendedahan kepada mereka mengenai konsep pembelajaran secara interaktif dan praktikal.

Melalui Pandai Lab ini juga, pelajar akan dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara langsung dengan cuba menjawab soalan kuiz di akhir setiap aktiviti eksperimen yang dijalankan. Ini dapat mencetus semangat pelajar ingin tahu dan belajar memahami konsep sains dengan lebih dekat. Pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz secara pantas, mereka akan memenangi pelbagai ‘voucher’ sebagai hadiah saguhati. 

Semoga program Pandai Lab ini dapat memberi manfaat kepada pelajar terutama dalam menghayati dan meningkatkan pemahaman terhadap ilmu dipelajari secara teori dalam kelas. 

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

ArticlesPandai

Bersedia untuk Back-To-School dengan Seminar Permulaan Baru 2024!

PandaiProgram

Seminar Ubah Result SPM 2023 is done!