
Siapa kata belajar kena serius setiap masa? Dengan Pandai School Tour 2025, pelajar bukan saja dapat ilmu — tapi juga pengalaman belajar yang fun dan penuh teknologi!
Inisiatif ini membawa aplikasi pembelajaran Pandai terus ke sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar Lembah Klang. Dari kuiz secara langsung hingga aktiviti interaktif dalam dewan sekolah, tour ini membuktikan satu perkara: Belajar boleh jadi seronok, dan semua orang boleh jadi pandai!
Bukan Sekadar Demo Aplikasi!
Pandai School Tour 2025 dibina dengan misi yang jelas. Antara objektif program ini adalah:
- Mendedahkan pelajar kepada pembelajaran digital yang menyeronokkan
- Meningkatkan penglibatan pelajar melalui aktiviti interaktif
- Membantu pelajar faham cara guna Pandai App dengan lebih mudah
- Menjalin hubungan positif antara Pandai dan pihak sekolah
Ini bukan “demo biasa”. Setiap lawatan membawa aktiviti yang dirancang untuk engage pelajar — dari quiz battle sehingga sesi game mengikut silibus KPM.
Kami Turun Padang ke Komuniti Anda
Sepanjang April dan Mei 2025, Pandai telah melawat lebih 10 sekolah seperti:
- SK Taman Dato Harun 2
- SK Lembah Subang
- SK Bandar Sri Damansara 1
- SMK Damansara Jaya
- SK Assunta
- SMK Seksyen 4 Kota Damansara
…dan banyak lagi!
Pemilihan sekolah dibuat berdasarkan cadangan Jabatan Pendidikan Negeri serta kesediaan pihak sekolah untuk menyertai.
Aktiviti Yang Buat Pelajar Teruja
Daripada sesi awal pagi hingga ke penghujung program, pelajar disajikan dengan:
- Quiz Battle: Pelajar lawan dengan rakan secara langsung guna Pandai App!
- Live Demo AskPbot: AI yang bantu jawab homework – anytime, anywhere.
- Flashcard Challenge dan mini games berdasarkan subjek sekolah
- Sesi ganjaran & kejutan menarik seperti Pandai merch untuk pelajar aktif!
Reaksi pelajar? “Seronok sangat! Rasa macam main game, tapi sambil belajar!”
Impak Bila App Belajar Hidup dalam Dewan Sekolah
Pandai School Tour 2025 berjaya mencetuskan impak besar:
- Pelajar lebih semangat dan yakin untuk belajar guna teknologi.
- Guru dapat lihat potensi alat bantu belajar digital secara real-time.
- Sekolah rasa dihargai dan lebih terbuka kepada pendekatan digital.
- Suasana pembelajaran lebih hidup, fun dan praktikal!
Program ini benar-benar merealisasikan misi Pandai — “Senang Je Nak Pandai”.
Apa Seterusnya?
Kami akan terus bergerak ke lebih banyak sekolah, membawa pengalaman pembelajaran digital terus ke hati komuniti pendidikan Malaysia. Kami percaya setiap pelajar berhak belajar dengan cara yang seronok, interaktif, dan boleh diakses.
Jom belajar sambil enjoy, sebab dengan Pandai… #SenangJeNakPandai!
📢 Nak Kami Datang Sekolah Anda?
Kalau cikgu, pelajar, atau pentadbir sekolah nak teroka sama-sama aplikasi Pandai — jom ajak kami datang! Kami sangat terbuka untuk turun padang dan bawa pengalaman ni terus ke sekolah anda 💚
📲 Hubungi kami melalui media sosial rasmi Pandai:
- Instagram: @pandaiofficial
- Facebook: Pandai Official
- TikTok: @pandaiofficial
Bersama Pandai, #SenangJeNakPandai!