GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Pandai X Murai: Pandai Kini Mempunyai Pakej Baharu, Premium Lite!

Aplikasi Pandai bukanlah asing dalam kalangan pelajar, ibubapa dan guru-guru. Ia merupakan aplikasi pembelajaran no 1 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Hampir 400 ribu pelajar di seluruh Malaysia telah berdaftar dan menggunakan Pandai. Manakan tidak, aplikasi ini sememangnya membantu mereka dalam mengulangkaji pelajaran.

Untuk info, sehingga kini, lebih 250 ribu soalan latihan tersedia di Pandai merangkumi semua subjek mengikut pelbagai tahap pelajar bagi membantu para pelajar belajar dengan lebih mudah dan efektif. Banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dengan menggunakan aplikasi Pandai lagi-lagi jika pembelajaran secara dalam talian.

Dengan elemen belajar sambil bermain, pelajar boleh mengulang kaji dengan rasa seronok dan bersemangat dengan Pandai. Pelajar boleh mengumpul mata setiap kali belajar di Pandai yang boleh ditukar kepada baucar Roblox, Shopee, Tealive dan banyak lagi. Yang masih belum pernah mencuba aplikasi ini, berikut Murai MY ingin kongsikan beberapa kelebihan lain dengan Pandai.

  1. Setiap soalan di dalam Pandai akan disediakan jawapan dan penerangan yang lengkap secara sistem auto-grading.
  2. Pelajar dapat belajar secara serta merta malah segala rekod prestasi pelajar juga disediakan dengan terperinci bagi membantu pelajar mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran mereka.
  3. Pandai boleh diakses dan berdaftar secara Percuma!

Pandai Premium LITE

Walaubagaimanapun, Pandai kini mempunyai pakej istimewa di mana pelajar yang berdaftar akan dapat menikmati pelbagai kelebihan setelah menaik taraf kepada Pandai Premium LITE.

Berikut Murai MY kongsikan perbezaan bagi pengguna yang berdaftar dan melanggan Pandai Premium LITE atau dengan Premium. Jom lihat dibawah;

Pandai Premium LITE menawarkan harga langganan yang berpatutan sesuai kepada mereka yang tidak memerlukan Tuisyen dan Bantuan Live. Pelajar juga dapat menikmati banyak ciri istimewa dalam aplikasi. Antaranya, lebih banyak kuiz tersedia dan boleh menjawab soalan kuiz tanpa had berbanding akses secara Percuma.

Selain itu pelajar juga dapat mengakses soalan peperiksaan dan ujian akademik mengikut subjek pelajaran. Lebih menarik, selepas menjawab ujian atau peperiksaan, pelajar dapat melihat pencapaian menerusi laporan dan analisis mengikut subjek pelajaran yang disediakan oleh aplikasi Pandai.

Manakala, pelajar yang melanggan pakej Premium pula akan dapat memanfaatkan ciri ciri tambahan iaitu Tuisyen dan Bantuan Live. Tuisyen Live yang dijadualkan secara harian mengikut subjek dan tahap pembelajaran memberi ruang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung bersama Tutor Pandai. Pelajar juga dapat berbincang secara langsung di ruangan sembang langsung (live chat) bersama tutor untuk membincangkan apa-apa perkara berkaitan pembelajaran di Bantuan Live.

Berikut kami kongsikan pengalaman seorang ibu dan pelajar yang menggunakan Pandai dan pernah berada di kedudukan No. 1 dalam carta pendahulu Pandai. Jom dengar apa yang mereka ingin sampaikan.

Jadi apa tunggu lagi, jom sertai sebagai Pengguna Premium LITE. Daftar dan langgani Pandai Premium LITE sekarang dengan harga serendah RM30 sebulan dan bersedia untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan

Klik link ini untuk melanggan Pandai Premium LITE.

Kepada yang belum mendaftar, jom mengenali lebih lanjut tentang Pandai di www.pandai.org. Muat turun dan daftar Pandai di Google Store atau Apple sekarang!

#senangjenakpandai – by PHIC ARMAN , Murai.my

Related posts
PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

NewsPandai

SKOR SPM 2023: Latihan dan Soalan Spot & Ramalan

Articles

5 Studying Methods to Enhance Your Learning Journey!

Articles

How to be More Involved in Your Child's Education