GET PANDAI APP NOW

News

PdPR kembali dua minggu selepas cuti Aidilfitri

PUTRAJAYA: Sesi pembelajaran selepas cuti Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A (sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Radzi berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19 di sekolah selepas cuti sekolah bagi meraikan Aidilfitri yang dijadualkan pada 7 hingga 15 Mei bagi sekolah kumpulan A dan 8 sehingga 16 Mei bagi sekolah kumpulan B.

Selepas tempoh PdPR itu, katanya, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.

Gambar dari Berita Harian Online

“Ini sesuatu yang baharu kita belajar. Jika tahun lalu ketika Aidilfitri sekolah tutup ketika itu, jadi kita tidak tahu data selepas raya macam mana.

“Kita khuatir terutama mereka yang akan pulang ke asrama kerana menjangkakan ada jangkitan dari luar, jadi kita ambil langkah ini untuk mengawal penularan kerana selepas perayaan pelajar berada di rumah lebih lama,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Radzi berkata, pelajar dan murid yang tinggal di asrama sekolah di bawah KPM di seluruh negara, akan dibenarkan pulang bagi menyambut Aidilfitri dan akan melalui PdPR dalam tempoh dua minggu selepas cuti itu.

Sebelum ini, takwim sekolah bagi 2021 menetapkan selepas cuti Aidilfitri, pelajar dan murid perlu hadir semula ke sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran selama dua minggu dan bercuti penggal selepas itu. – Berita Harian

Related posts
PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

NewsPandai

SKOR SPM 2023: Latihan dan Soalan Spot & Ramalan

Articles

5 Studying Methods to Enhance Your Learning Journey!

Articles

How to be More Involved in Your Child's Education