GET PANDAI APP NOW

Articles

Sekolah kembali laksanakan PdPR – 6 Teknik yang boleh cikgu guna

Seperti yang kita tahu, sekolah akan mula belajar secara PdPR dan bakal dijalankan selepas cuti sekolah. Oleh itu, semua murid perlu mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut jadual sekolah yang dibekalkan oleh guru masing-masing.

Dalam konteks ini, adakah guru-guru sudah bersedia sepenuhnya untuk berPdPR seperti sebelumnya? Adakah anda bersedia?

Memandangkan PDPR ini dijalankan secara online , jadi guru yang mengajar perlu menukar teknik pengajaran yang sesuai mengikut kaedah yang digunakan. Baik, di sini kami akan kongsikan beberapa teknik yang boleh digunakan supaya pelajar dapat tumpukan perhatian yang penuh dalam kelas PdPR yang dijalankan.

Antara teknik-tekniknya adalah:

1) Live Streaming

Ini merupakan kaedah yang terbaik boleh dilakukan oleh guru. PKP di sesetengah tempat telah menjadikan para guru di Malaysia menggali banyak ilmu untuk memantapkan sesi PdPR. Pelbagai aplikasi sememangnya tersedia untuk digunakan antaranya Google Meet, Zoom, Streamyard, Youtube Live, Facebook Live dan banyak lagi.

Jika murid mempunyai kemudahan internet yang baik, maka inilah platform yang terbaik untuk digunakan.

2) Rakaman video


Kekangan waktu bekerja ibu bapa memungkinkan sesi live guru bersama murid agak kurang mendapat sambutan. Justeru guru boleh merakam video PdPR mereka yang dijalankan secara Google Meet dan kemudiannya dimuat naik ke saluran Youtube bagi membolehkan murid mengakses sesi PdPR pada bila-bila masa

Guru-guru juga secara kreatif boleh menghasilkan video PdPC hanya menggunakan aplikasi mudah seperti Microsoft Power Point.
Tonton video cara hasilkan video menerusi Power Point di bawah:
https://youtu.be/GQiDTKid9dk


3) Nota info grafik

Kaedah pemberian soalan latihan tanpa penerangan sebenarnya adalah sesuatu yang memberi kesukaran kepada murid dan juga ibu bapa.
Sekiranya para guru berhadapan dengan kesukaran dengan capaian internet berkelajuan tinggi, maka nota secara info grafik juga boleh membantu memberi kefahaman kepada murid dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

Contoh Nota Info Grafik Menarik

Nota secara info grafik ini boleh diedarkan sama ada melalui Whatsapps Group atau pun modul bertulis yang boleh diedarkan secara berkala.

4) Bersedia dengan bahan bantu mengajar

Disebabkan sepanjang PdPR ini perlu menjalankan kelas secara online , maka guru-guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang lain. supaya dalam masa yang sama pelajar akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika pembelajaran dijalankan.

Sebagai contoh di dalam gambar yang diberi , guru boleh menggunakan apa-apa sahaja bentuk flashcard sesuai pada topik yang akan dipelajari oleh pelajar. Lagi menarik jika flashcard yang digunakan itu berwarna dan mempunyai tulisan yang jelas supaya pelajar lebih mudah untuk ingat dan faham apa yang dipelajari.

5) Sediakan Aktiviti sepanjang PdPR

Dengan teknologi sekarang yang lebih maju dan menarik ini , guru mempunyai banyak pilihan untuk mencipta games/permainan bagi pelajar mereka hanya menggunakan pelbagai digital platform seperti wordwall, Kahoot, puzzle factory termasuk Pandai dan sebagainya.

Guru hanya memilih kaedah yang ingin digunakan untuk menyampaikan pembelajaran dengan cara yang mudah kepada pelajar. Sekaligus dapat memudahkan pelajar untuk memahami dan mengingat pembelajaran mereka dengan melakukan games/permainan yang menarik tersebut.

6) Sediakan Modul Softcopy

Sebelum terjadinya pembelajaran norma baharu ini , pelajar menggunakan buku teks sepanjang pembelajaran mereka. Tetapi dengan keadaan sekarang guru perlu sediakan softcopy untuk modul tersebut. Dengan ini pelajar dapat meneruskan silibus yang terdapat dalam modul yang digunakan sepanjang kelas dijalankan.

Bukan itu saja , guru dan pelajar juga boleh terus mengaplikasikan tulisan tambahan dalam modul tersebut bagi topik yang sedang diajar  supaya pelajar lebih fokus dengan apa yang diterangkan. Itu lebih mudah dan berkesan !



*Sebagai rujukan artikel asal boleh lihat di laman web gpsbestari.com dan beanahomequran.com.

Related posts
News

Selamat tinggal UPSR

News

PdPR kembali dua minggu selepas cuti Aidilfitri

News

Guru sudah bersedia laksana PdPR

News

Jangan hanya kejar deretan A demi pencapaian