GET PANDAI APP NOW

Articles

Perbandingan antara Pandai vs i-Learn Ace

Pandai vs i-Learn Ace: Aplikasi Pembelajaran manakah yang terbaik untuk anak anda?

Bila anda mula untuk mencari platform pembelajaran atas talian (online learning), mungkin ada beberapa ciri penting yang perlu anda ketahui. Mari kita lihat perbandingan antara 2 aplikasi pembelajaran atas talian ini.

Pandai dan i-Learn Ace merupakan dua aplikasi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Kedua-dua aplikasi ini mempunyai satu objektif yang sama, iaitu menawarkan bahan pembelajaran buat pelajar, tetapi… yang mana satu terbaik untuk anak-anak anda?

Jom kita lihat kelebihan dan kekurangan serta perbandingan langsung kedua aplikasi ini!

Pandai vs i-Learn Ace 

Pandai merupakan aplikasi pembelajaran atas talian yang boleh dikatakan friendly user, simple, dan interaktif. Yang membezakan Pandai dengan aplikasi lain adalah ia menawarkan pembelajaran yang peribadi melalui kuiz, ujian, peperiksaan, nota, video harian berdasarkan kurikulum, dan banyak lagi.  
i-LEARN Ace, aplikasi mereka merupakan platform pengajaran dan pembelajaran hibrid, ia bukan sahaja boleh digunakan secara dalam talian (online) tetapi juga secara luar talian (offline).

Bagi membolehkan anda membezakan dua aplikasi ini dengan lebih jelas, jom lihat kotak di bawah. 

Pandai i-Learn Ace
TahapTahun 1 – Tingkatan 5Tahun 1 – Tingkatan 5
Mata pelajaran utamaBahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sains
Matematik
Sejarah 
Pendidikan Islam
Geografi

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sains
Matematik
Sejarah
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Bahasa Cina
Mata pelajaran elektif
Biologi
Kimia
Fizik
Matematik Tambahan
Asas Sains Komputer
Reka Bentuk & Teknologi
Biologi
Kimia
Fizik
Matematik Tambahan
Ekonomi
Prinsip Perakaunan
Kandungan bukan akademikFlashcard
Nota
Video Pembelajaran
Peta Minda
Nota 
Video Pembelajaran
Kuiz Harian
Latihan Topikal
Latihan Peperiksaan
Kemajuan
Kad Laporan
Analisa Kemajuan 
Nota Ringkas
Video Pembelajaran
Peta Minda
Flashcard
Kamus
Ciri Gamifikasi
Akaun Ibu bapa
Akaun Guru 
Versi Web
Versi Aplikasi Android
Versi Aplikasi iOS 
Rating Google Play4.83.8
Rating Apple App Store4.73.0
Pakej LanggananPercuma
Premium
Link: https://pandai.org/en/pricing
Premium Sahaja
7 hari trial penggunaan percuma
Link: https://www.mindtechedu.com/products/i-learn-ace/

Macam mana? Anda dah buat keputusan ke yang mana satu menjadi pilihan untuk anak anda. 

Walaupun ada beberapa ciri yang Pandai tawarkan tetapi i tidak,  dan juga sebaliknya. Namun, Kedua aplikasi ini masing-masing mempunyai kelebihan mereka tersendiri seperti ciri yang mereka keluarkan hebat-hebat belaka tau. Amat berguna untuk membantu pelajar. 

Kandungan

Beberapa perkara yang perlu anda tahu berkenaan kandungan pembelajaran yang ditawarkan oleh Pandai dan i-Learn Ace sebelum anda memutuskan yang manakah terbaik untuk anak anda.

Pandai: Isi kandungan di dalam Pandai mengikuti silibus KPM manakala i-Learn Ace tidak. Selain itu, persediaan pertandingan yang disahkan oleh KPM juga ada ada disediakan di dalam Pandai. 

I-Learn Ace: Kandungan yang terdapat di dalam i-Learn Ace seperti latihan objektif & subjektif, Ujian lisan, ganjaran bermain game apabila mata point capai jumlah tertentu. 

Rupa Bentuk 

Ok! Sekarang, jom kita lihat pulak kepada “view”  kedua aplikasi ini. Antara ciri yang perlu kita titik beratkan adalah dari segi warna, susunan & kekemasan bahan pembelajaran. Haaa, barulah membuatkan anak-anak kita tak bosan dan enjoy belajar!

Kedua aplikasi ini mempunyai view dan layout yang baik. Susunan topik yang mengikut silibus dan juga warna yang menarik. Tetapi, jika dilihat dari segi kemasan layout, nampaknya Pandai lebih ringkas dan mesra pengguna. Namun, pilihan di tangan anda untuk memilih antara dua aplikasi ini. 

Harga 

Mari kita lihat harga dan pakej langganan bagi kedua-dua produk ini.

Pandai: Pandai menawarkan 2 pilihan langganan iaitu (Percuma & Premium). Dan bagi akaun Guru & Ibu Bapa adalah percuma sahaja. 

Percuma: Pandai menawarkan pembelajaran percuma buat mereka yang tidak melanggan Pandai Premium. Pelajar masih boleh mengakses ciri percuma seperti membuat latihan di kuiz harian, melihat jawapan & penerangan, kad laporan keseluruhan, nota & video pembelajaran. 

Premium: Harga langganan Pandai Premium adalah sebanyak RM88/sebulan. Pakej premium Pandai sungguh mudah, dengan satu harga rata untuk semua mata pelajaran. 

Dengan Pakej Premium, pengguna boleh mendapatkan akses ke seluruh mata pelajaran utama dan elektif, selain kandungan bukan akademik seperti pertandingan Matematik Kangaroo, Kancil Sains, Beaver Computational dan Kijang Ekonomi.

i-Learn Ace: i-Learn Ace tidak menawarkan pakej percuma. Anda hanya ada 7 hari free trial untuk menggunakan aplikasi mereka. Berikut merupakan senarai harga untuk melanggan i-Learn Ace. 

Akaun Murid 180 hari: RM175
Akaun Murid 365 hari: RM350
Akaun Guru 365 hari: RM350

Dengan melanggan i-Learn Ace, anda akan dapat mengakses keseluruh ciri yang ditawarkan di dalam aplikasi tersebut seperti bina sendiri peta minda, mengakses nota, latihan objektif & subjektif, dan berpeluang perolehi mata point yang banyak. Jika anda merupakahan pengguna percuma dimana hanya ada 7 hari free trial, anda dibenarkan mengakses 2 topik terawal sahaja.

Kesimpulan

i-Learn Ace: Keistimewaan i-learn Ace adalah menawarkan sistem yang unik di dalamnya seperti kamus trilingual & peta minda yang boleh dibina sendiri oleh pelajar. Namun, susun atur yang agak kompleks, padat dan mengandungi banyak teks.

Pandai: Pandai mempunyai susun atur yang ceria dan mesra pelajar, dengan UIUX seperti aplikasi Games. Fungsi yang istimewa seperti Flashcard & analisis Kad Laporan membolehkan pelajar dapat belajar secara express & mengetahui kelemahan mereka.

Related posts
PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

NewsPandai

SKOR SPM 2023: Latihan dan Soalan Spot & Ramalan

Articles

5 Studying Methods to Enhance Your Learning Journey!

Articles

How to be More Involved in Your Child's Education