GET PANDAI APP NOW

Pandai

Pandai Videos : Belajar Percuma Seperti Dalam Kelas! Online dan Mudah!

Hai adik-adik! Kali ini, Pandai nak ceritakan tentang Pandai Videos!

Apa tu Pandai Videos?
Kalau nak tahu Pandai Videos adalah suatu inisiatif yang disediakan dalam Pandai sewaktu mula-mula PKP berlaku pada Mac 2020. Jadi, Pandai Videos ini mendapat sambutan yang hangat dari ramai pelajar dan ibu bapa tau. Mereka boleh melihat video-video yang membantu pelajar belajar dari rumah. 

Sekarang ini, kita perlu biasakan diri belajar di rumah dan menggunakan segala pembelajaran secara dalam talian atau online. Tak perlu runsing, Pandai dah bantu anda semua dan susun mengikut tahun dan tingkatan bagi melihat video-video untuk belajar.

Nak Tahu Kenapa Kena Belajar Dengan Pandai Videos? 

  1. Percuma
  2. Mudah digunakan
  3. Menepati silibus yang terbaru dari KPM
  4. Disusun mengikuti Subjek, Bab dan Topik
  5. Meliputi subjek bagi Sekolah Rendah dan Menengah
  6. Video dihasilkan oleh para pendidik yang mahir dan pakar

Dah lebih 100,000 pelajar mendaftar dan belajar dengan Pandai! Tak kan anda nak tengok je. Percuma je. Dalam Pandai ini, pelajar dapat buat kuiz subjek harian, track performances anda termasuk boleh akses Pandai Videos ini. 

Bagi yang masih tiada akaun Pandai dan ingin mendaftar. Ikuti sahaja langkah di bawah:

Layari www.pandai.org atau download Pandai app di Google Playstore dan Apple Store

Klik Daftar akaun dengan memasuki email anda. 

Kemudian, semak email anda bagi mendapat password. 

Sekarang, anda boleh Login Pandai. Tahniah anda sekarang pengguna Pandai

Mudahkan? Semudah ABC je! Bila dah daftar, apa lagi jom akses Pandai Video!

BAGAIMANA SAYA NAK MULA MENGAKSES PANDAI VIDEO?

Penggunaan Pandai Videos amatlah mudah dan sangat simple untuk kita nak masuk ke web Pandai. Terdapat sudah banyak hebahan melalui whatsapp mengenai Pandai Videos dan pengguna hanya perlu tekan kepada link yang diberikan seperti di bawah! Mudah bukan?

Sek. Rendah

Tahun 1 : video.pandai.org/year1

Tahun 2 : video.pandai.org/year2

Tahun 3 : video.pandai.org/year3

Tahun 4 : video.pandai.org/year4

Tahun 5 : video.pandai.org/year5

Tahun 6 : video.pandai.org/year6

Sek. Menengah

Tingkatan 1 : video.pandai.org/form1

Tingkatan 2 : video.pandai.org/form2

Tingkatan 3 : video.pandai.org/form3

Tingkatan 4 : video.pandai.org/form4

Tingkatan 5 : video.pandai.org/form5

Hah, tak susah pun kan. Tersusun rapi dalam Pandai ini. Apa lagi, jom belajar dengan Pandai Videos. 

Untuk mendapatkan maklumat terbaru dari Pandai, follow sahaja Media Sosial Pandai di bawah.
Ada pelbagai lagi features yang ada dan akan diperkenalkan dalam Pandai.

Stay tuned with Pandai, Okay!

#SenangJeNakPandai

FB: @pandaiofficial
Instagram: @pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog:
blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!