Site icon Pandai Blog

Jana pendapatan dengan aplikasi pendidikan berkualiti melalui Pandai Affiliate Program!

Pendapatan sampingan dan akses pendidikan berkualiti, dua perkara yang kita tak sangka boleh dibuat bersama! Pandai menganjurkan program affiliate dan membuka peluang kepada orang ramai terutamanya guru, ibu bapa, dan pelajar untuk menjana pendapatan bersama.

Apa itu Pandai Affiliate Program?

Pandai Affiliate Program adalah satu kaedah menjana pendapatan secara online dengan mempromosikan Pandai kepada rakan-rakan atau kenalan lain yang belum pernah menggunakan Pandai. Program ini memberi manfaat kepada semua yang menggunakan aplikasi Pandai seperti guru, ibu bapa, dan juga pelajar. 

Kenapa Pandai Affiliate Program? 

Program ini menawarkan peluang istimewa iaitu memperoleh ganjaran sambil memberi impak positif kepada bidang pendidikan. Setiap satu rujukan yang berjaya melanggan aplikasi Pandai akan dapat komisen tunai sebanyak 5% daripada yuran langganan mereka. Pelajar juga akan terima komisen dalam bentuk coins yang akan diberikan dalam akaun Pandai dan boleh ditebus untuk pelbagai ganjaran dan e-vouchers

Objektif Pandai Affiliate Program

Misi Pandai adalah menyediakan sumber pendidikan yang berkualiti tinggi dan mudah diakses bagi pelajar sekolah serta meningkatkan pencapaian akademik mereka. Dengan adanya program seperti ini, Pandai bukan sahaja memberi peluang menjana pendapatan sampingan tetapi turut membantu membina generasi yang cemerlang demi masa depan yang lebih baik.

3 Langkah Mudah untuk menjadi Affiliate Pandai

Ikuti 3 langkah mudah ini untuk jadi Affiliate Pandai!

  1. Daftar sebagai pengguna Pandai di go.pandai.org.
  2. Klik butang ‘Learn and Earn’ dan dapatkan pautan rujukan khas affiliate. 
  3. Kongsi pautan kepada rakan-rakan atau kenalan yang belum melanggan Pandai.

Senang je kan? Untuk pengetahuan anda, public affiliate ini khas untuk setiap langganan pertama bagi pengguna baru. Jadi tunggu apa lagi? Ayuh rebut peluang untuk menyumbang kepada perkembangan pendidikan sambil menjana pendapatan sampingan! Sertai Pandai Affiliate Program sekarang!


Log masuk atau daftar di www.pandai.org 
Muat turun Pandai di Google Play or App Store.
Follow Pandai di sosial media untuk info lebih lanjut!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial ; @youngpandai @youngpandaijr
Blog: blog.pandai.org
#SenangJeNakPandai

Exit mobile version