GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Selamat Menyambut Ramadan! 7 Tips Untuk 30 Hari Berpuasa

Salam Ramadan Pandai

Hi semua! Bulan Ramadan telah pun menjelang lagi! Pandai ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa!

Bulan Ramadan adalah bulan yang ke-9 dalam kalendar Islam. Umat Islam di seluruh dunia mengamalakan bulan ini sebagai masa berpuasa, berdoa, dan beribadat. Berpuasa adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dipraktikkan. Berpuasa ini diwajibkan sebulan setiap tahun untuk melatih diri untuk berdisiplin, mengawal diri, dan memahami perasaan orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Cara berpuasa di bulan Ramadan adalah menahan diri daripada makan dan minum dari fajar (subuh) hingga matahari terbenam (maghrib). Sebelum matahari terbit, mereka akan makan sebelum fajar iaitu bersahur, dan bila matahari sudah terbenam, baru lah mereka boleh beriftar ataupun berbuka puasa.

Ramadhan di kebanyakan negara Islam atau yang mempunyai populasi orang Islam yang tinggi, disambut dengan meriah sekali. Termasuklah Malaysia! Tambahan pula, apabila Ramadan berakhir, perayaan Aidil-Fitri akan disambut menandakan berakhirnya bulan Ramadan

Berpuasa ini tidak mudah, tetapi ia juga bukanlah susah. Jika dilakukan dengan cermat dan betul, berpuasa ni sangat seronok tau!Jangan risau, hari ini kami ingin kongsikan 7 tips untuk berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini!

1. Jangan Elak Sahur!

Di permulaan bulan puasa, memang kita akan teruja untuk bangun awal dan bersahur ramai-ramai bersama ahli keluarga dan rakan. Tetapi selepas beberapa hari, ramai yang selalu ambil mudah dengan sahur. Samada rasa malas bangun awal, tiada selera, ataupun percaya yang anda boleh mengharungi puasa tanpa sahur, (ya, kami percaya anda gagah untuk puasa tanpa sahur, bravo!), tetapi sahur sangat sangat penting dalam rutin berpuasa. Sebenarnya, bersahur ni lagi penting dari iftar tau! Sahur ini bertujuan membekalkan tenaga untuk melakukan rutin harian seperti biasa. Jadi kita boleh buat aktiviti dan kekal produktif seperti biasa tanpa berasa terlalu letih dan lesu. Sebiji kurma dan segelas susu pun sudah bermadai. Jadi jangan sesekali skip sahur! 

Tea pouring with some bread and dates (ramadan)

2. Minum Air Secukupnya

Salah satu cabaran di bulan puasa, terutama sekali di Malaysia, ialah cuaca yang sangat terik. Bila dah pertengahan hari, rasa macam matahari sejengkal sahaja dari kita! Mula lah tekak kita terasa dahaga akan air itu dan ini. Okay, minum air secukupnya disini bukan bermaksud minum air dalam kuantiti yang banyak sekaligus ya! Maksudnya, minum air secukupnya sebelum dan semasa berbuka puasa.Ini kerana, air sangat penting untuk kekalkan badan kita cergas dan hydrated. Buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, anggur, epal, dan timun juga boleh membantu kita dapat air secukupnya. Kalau boleh, elakkan air yang berkarbonat dan manis. Kami faham dekat bazar nanti air lah yang akan jadi godaan yang paling kuat, lebih-lebih lagi yang berais batu tu.. Jangan risau, boleh sahaja minum tetapi secara bersederhana! 

Water pouring in a glass

3. Tidur Awal, Bangun Awal!

Dah mula bulan puasa ni, mulalah nak berjaga malam, nak tolong masak sahur lah, nak pull an all nighter lah. Tanpa kita sedar, rutin-rutin ni boleh memudaratkan kesihatan. Dah lah kita nak berpuasa! Tidur ini sangat penting terutama sekali semasa berpuasa kerana tidur memberi kita tenaga untuk kekal fokus dan alert untuk melakukan aktiviti harian. Jadi, untuk memastikan kita dapat tidur yang cukup, dapatkan rehat tanpa gangguan sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Pro-tip, cuba untuk melatih diri bangun awal supaya anda boleh mulakan hari dengan lebih awal! Samada mengulang kaji, bersenam, ataupun beramal ibadah, kita boleh buat lebih banyak aktiviti.

Little girl waking up with teddy bear

4. Bersenam Seperti Biasa!

Masa puasa ni, semua sudut boleh nampak selesa untuk ber ‘couch potato”. Puasa bukan satu alasan kita untuk berhenti bersenam ya! “Tapi puasa ni penatlah, cepat letih, lesu, tak dapat makan atau minum, yada yada yada..” Ingat! Tujuan kita berpuasa adalah untuk mengawal diri dan memahami orang yang tidak bernasib baik. Elakkan ngomelan atau alasan yang sebegini sebab ia sangat melemahkan semangat kita dan orang sekeliling. Lagipun, badan akan jadi lebih lesu jika kita tidak kekal produktif. Aktiviti ringkas seperti berjalan selama 20 minit sehari pun dah cukup! Kalau boleh jalan dekat bazar, bersenam sekejap pun mesti boleh!

Two muslim women jogging

5. Buat Aktiviti Berfaedah

Dalam bulan yang mulia ini, umat islam digalakkan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Terutamanya aktiviti ibadah seperti membaca Quran, berselawat, dan berzikir. Selain itu, kita juga boleh luangkan masa melakukan aktiviti yang membawa manfaat kepada diri dan orang sekeliling seperti bercucuk tanam dan bergotong royong. Kami faham lagi mudah dan menarik untuk duduk rumah dan main video games tapi semasa bulan puasa ni, banyak aktiviti amal yang negara kita amalkan. Contohnya, banyak komuniti mempunyai tradisi sosial yang meriah untuk bersedekah iftar. Selalunya mereka akan berkumpul dan masak juadah dan berkemas bersama-sama. Hasilnya, macam bubur lambuk yang kita selalu dapat tu! Rugi tau kalau tak sertai! 

A grandfather teaching a grandchild reciting Iqra' (ramadan)

6. Elakkan Makanan Segera!

Semasa berpuasa kita mudah untuk mengidam banyak makanan. Selalunya, makanan segera ataupun junk foods lah yang selalunya menjadi tatapan. Bersahur dengan mi segera dan berbuka dengan makanan goreng menjadi pilihan ideal untuk melepaskan segala ‘cravings’. Junk foods mempunyai jumlah sodium dan bahan pengawet yang sangat tinggi dan sangat tidak elok untuk badan kita. Sebaliknya, kita boleh ambil makanan yang natural seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk melawan cravings tersebut. Kita juga boleh amalkan masak ‘from scratch’ di rumah di mana kita boleh kawal kandungan makanan tersebut. Ingat, puasa ini adalah satu amalan yang sihat dan sepatutnya bermanfaat untuk kesihatan kita tau!

A man avoiding junk food

7. Berbuka Berpada-pada

Pernah dengar tak ungkapan makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang? Bulan puasa memang satu bulan yang sangat meriah. Lebih-lebih lagi ketika iftar, pelbagai juadah kita dapat cuba. Dalam pada masa yang sama, senang juga kita untuk terlebih makan. Makan yang berlebihan dalam suatu masa boleh sebabkan perut kembung, meningkatkan paras gula darah, dan sangat tidak elok untuk kesihatan kita. Walhal, puasa ini banyak manfaat untuk kekal sihat. Jadi, banyak mana porsi harian kita, begitulah kita patut kekalkan semasa sahur dan berbuka. Tidak lebih dan tidak kurang!

Breaking fast or Iftar with dates during ramadan

Dengan tips ini, kami berharap semua Young Pandai dapat menyambut bulan puasa kali ini dengan lebih cermat dan cergas! Sekali lagi, Pandai ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa! Senang Je Nak Pandai!

Log in or Sign Up at www.pandai.org 
Download Pandai App now via Google Play or App Store.
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#AchieveTogether

Related posts
NewsPandai

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2024/2025 dalam Projek Level Up Pandai!

CorporateNews

GOOD NEWS! Pandai Achieves ISO 27001:2022 Certification

PandaiProgram

FINALIST ANNOUNCEMENT & ANSWER REVEAL! - Brain Buster Challenge 2024

PandaiProgram

BRAIN BUSTER CHALLENGE: Unlock Your Mind and Solve The IMPOSSIBLE!