GET PANDAI APP NOW

Pandai

What’s New on March: Pandai Guru

Wow! Pandai Guru sudah dilancarkan! Tahniah kami ucapkan. 

Hai, pengguna Pandai, tahukah anda pada 29 Mac 2021, Pandai telah melancarkan Pandai Guru secara rasmi buat semua guru di Malaysia.


Kini, bukan hanya pelajar sahaja boleh melanggan Pandai. Guru pun boleh menggunakan platform ini untuk mengurus pelajar mereka dalam Pandai!

Yahoo! Menarik, bukan?

Apa itu Pandai Guru?

Pandai Guru merupakan suatu aplikasi yang terbaru buat guru-guru di Malaysia. Pandai Guru adalah aplikasi atau platform yang ramai yang menantikannya. Melalui Pandai Guru, guru boleh menggunakan aplikasi ini sebagai pembelajaran secara online dalam mengurus  pelajar mereka mengikut kelas masing-masing.

Apa yang menarik! Pelbagai kelebihan menggunakan Pandai Guru. Guru yang berdaftar dengan Pandai Guru dapat menyediakan atau mencipta kuiz mereka sendiri untuk pelajar-pelajar mereka. Jadi, mudah sangat la lepas ni guru bagi kuiz harian atau tugasan buat pelajar mereka dengan melalui Pandai. Malah, guru dapat membentuk dan menyusun setiap nama kelas dalam Pandai Guru itu sendiri. Paling penting, guru juga dapat melihat prestasi pelajar-pelajar mereka. 

Senang dan mudah! Semua di hujung jari sekarang. 

Lepas ini, pelajar yang menggunakan Pandai boleh saling berhubung dan berinteraksi bersama-sama dengan guru bagi proses pembelajaran dalam platform Pandai Guru ini. 

Daftar dengan percuma sahaja. Jangan risau semua!

Jadi, apa tunggu lagi? Kepada semua warga pendidik di luar sana, jom daftar dengan Pandai Guru. 

Senang sahaja. Ikuti langkah dibawah:

Cara mendaftar Pandai Guru:

  1. Layari www.pandai.org
  2. Pilih ‘Daftar’
  3. Kemudian pilih pengguna sebagai ‘Guru’ atau ‘Pelajar’
  4. Isi maklumat bagi pendaftaran akaun Pandai Guru.

Banyak kelebihan penggunaan Pandai Guru terbaru ini. Kepada masih belum mendaftar dengan Pandai. Inilah peluang anda segera!

Jangan lupa follow media sosial Pandai untuk mendapatkan berita-berita terbaru dari Pandai. 

Jom daftar Pandai Guru sekarang.

#SenangJeNakPandai

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!