GET PANDAI APP NOW

NewsPandai

25,000 Pelajar Daftar SPM Tetapi Tidak Hadir

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia, Zul Fikri Zamir, kajian lapangan menemui bahawa hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan dan ini adalah realiti yang sangat mengkhuatirkan. Lebih kurang 25,000 pelajar yang telah mendaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak hadir dan tercicir. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus merangka satu pelan pemulihan yang akan membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional ini. 

“Kebanyakan mereka ini, kita percaya memang tidak hadir ke sekolah… oleh sebab mereka tidak minat atau tidak berniat mengambil SPM… (tapi) nama mereka didaftarkan oleh guru atau sekolah masing-masing. Kedua kita ada lebih kurang 45,000 anak-anak SPM yang tidak berjaya mendapatkan sijil SPM mereka. Antaranya kerana tidak lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.”

Mengulas lanjut, beliau berkata penutupan sesi persekolahan selama 42 minggu akibat pandemik COVID-19 sebelum ini juga merupakan salah satu punca keciciran. Ramai juga pelajar yang tercicir disebabkan oleh faktor-faktor lain yang angkanya mencapai sekitar 30,000 setiap tahun.  Katanya juga, kesan jangka masa panjang terhadap kualiti hidup golongan pelajar yang tercicir lebih membimbangkan.

“Ini memberi kesan kepada kehidupan mereka di luar sana, jika tidak berjaya dapat sijil SPM, ada kebarangkalian mereka akan mendapat pendapatan lebih rendah seumur hidup.” 

“Jadi ramai anak-anak ini tidak bekerja dapat gaji setimpal… tidak dapat bekerja. Saya difahamkan misalnya, kedai-kedai serbaneka biasa memerlukan syarat sekurang-kurangnya kelulusan SPM”

“Oleh sebab itu setiap tahun kita jangkakan lebih kurang 70,000 anak-anak kita yang tercicir SPM sama ada tidak hadir atau tidak berjaya mendapatkan sijil.”

Dia mengatakan bahawa satu sistem pemulihan perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan pelajar yang tercicir agar hak pendidikan yang sama dapat diberikan kepada semua warga negara.

“Kalau kita tahu berapa besar masalah kita hadapi, lebih mudah kita menyediakan pelan pemulihan yang sesuai. Kalau kita confirm data keciciran kita 100,000 pelajar setiap tahun dan 10 tahun menjangkau satu juta anak-anak… jadi kita boleh memanfaatkan semua pihak untuk bekerjasama.” 

“Kalau ia lebih besar daripada itu iaitu sama tara dengan negara Thailand (1.2 juta keciciran), kita juga harus cari cara bagaimana nak jejak anak-anak ini, ke mana mereka pergi sekarang… di mana mereka akan bekerja dalam masa dua hingga lima tahun selepas ini, supaya kita dapat membuat kira-kira berkenaan produktiviti negara.”

“Semua ini memberi kesan bukan sahaja ekonomi negara, tapi kesan kepada produktiviti negara dalam masa lima hingga 10 tahun,” katanya lagi.

Log in and register at www.pandai.org

Download Pandai App at Google Play or App Store.

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!