GET PANDAI APP NOW

NewsPandai

KPM menyusun rancangan pemulihan pelajar yang tercicir.

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji satu pelan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dari sistem pendidikan nasional, kata Menterinya Fadhlina Sidek. Menurut beliau, KPM belum mempunyai data lengkap mengenai jumlah pelajar yang terlibat dan sedang mengumpul data dan maklumat daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk memproses input daripada kajian yang dijalankan berkaitan dengan isu ini.

“Memang dalam perhatian kita untuk dapatkan maklum balas daripada semua pihak termasuk NGO, kalau mereka ada maklumat termasuk dakwaan yang 100,000 pelajar keciciran itu, saya minta mereka datang kepada KPM bawa bersama data tersebut untuk buat intervensi bersama-sama,” katanya kepada wartawan yang berada disitu.

Sebelum ini, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal telah mengadakan tinjauan di gelanggang bola keranjang Bukit Panchor, di sini iaitu lokasi Pasar Percuma 2023 Parlimen Nibong Tebal. Beliau berkata demikian sambil memberikan ulasan mengenai saranan daripada sebuah NGO agar Kementerian Pendidikan (KPM) merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dari sistem pendidikan nasional. 

Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir, dilaporkan berkata bahawa kajian di lapangan menunjukkan hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan, yang merupakan realiti yang sangat mengkhawatirkan. 

Fadhlina menambah bahwa pihaknya selalu menganggap serius isu keciciran pelajar ini, bahkan KPM telah menangani isu ini melalui tujuh teras yang dibentangkan sebelumnya, termasuk menangani isu keciciran pelajar.

“Saya harap NGO itu (Untuk Malaysia) dapat datang ke KPM untuk bersama-sama berbincang kerana kita juga nak lihat program-program (berkaitan isu keciciran pelajar) yang telah dijalankan sama ada efektif atau tidak,” katanya.

Log in and register at www.pandai.org

Download Pandai App at Google Play or App Store.

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!