GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Maklumat dan Harga Online Tuition yang Popular di Malaysia (2023)

Siapa dekat sini pergi ke kelas tuisyen atau kelas tambahan selepas waktu sekolah? Pada zaman digital sekarang ni, ada pelbagai cara dan sumber untuk kita hadiri kelas tuisyen dan tingkatkan prestasi pembelajaran kita. Young Pandai pernah cuba online live tuition atau tuisyen atas talian, tak?

Tuisyen atas talian adalah cara pembelajaran secara maya dari rumah. Dengan bermodalkan komputer atau telefon pintar bersama akses internet yang stabil, kita dah boleh sertai kelas tambahan di mana sahaja! Tuisyen atas talian lebih fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut jadual harian kita. Untuk pengetahuan Young Pandai, terdapat banyak pilihan tuisyen atas talian yang ditawarkan di luar sana.

Ada pelbagai platform tuisyen atas talian yang menawarkan pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan! Jom kita lihat 6 platform tuisyen atas talian yang terdapat di Malaysia!

PlatformTahapKekerapan per SubjekHarga BulananLink
PandaiTahun 1 – Tingkatan 52 kali seminggu, 2 kelas setiap hariHanya RM96
(semua subjek)
website
MC+Tahun 5 – Tingkatan 51 kali seminggu bagi 1 subjekBermula RM59
(satu subjek)
website 
PTTITahun 6 – Tingkatan 51 kali seminggu bagi 1 subjekBermula RM148
(semua subjek)
website
GuruLabTingkatan 3 – Tingkatan 56 kali sebulanRM150 (Bahasa Inggeris sahaja)website 
Ilmu StudioTahun 1 – Tingkatan 52 kali seminggu bagi 1 subjekBermula RM130
(semua subjek)
website 

1) Pandai

Pandai menawarkan perkhidmatan tuisyen atas talian dengan harga yang berpatutan dengan konten nota dan latihan yang sangat interaktif serta menyeronokkan dalam aplikasi Pandai yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Tenaga pengajar mereka adalah berkelayakan dan berpengalaman dalam subjek-subjek yang diajar oleh mereka. Selain itu, platform pembelajaran Pandai menyediakan akses yang mudah dan menyeluruh. Pandai juga menyediakan video rekod pembelajaran yang telah berlangsung semasa kelas online bagi pelajar yang terlepas pembelajaran tersebut. Namun begitu, Pandai tidak menawarkan subjek Perakaunan dan Ekonomi, serta beberapa ciri aplikasi tidak tersedia secara percuma, contohnya ciri Live Tuition yang hanya boleh didapati oleh pengguna akaun Pandai Premium sahaja. 

TahapTahun 1 – Tingkatan 5
Mata pelajaran utamaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam dan Geografi
Mata pelajaran elektifBiologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Asas Sains Komputer dan Reka Bentuk & Teknologi
Pakej dan Harga Premium (dengan Tuisyen) pada harga RM96 sebulan
Premium Lite (tanpa Tuisyen) pada harga RM30 sebulan
Kekerapan2 kali seminggu untuk semua kelas, 2 kelas setiap hari
RakamanRakaman semua kelas tanpa had sepanjang tahun

Di Pandai App hanya satu bayaran yang dilakukan merangkumi kesemua subjek! Jadi, anda tidak perlu membayar lebih untuk satu per satu subjek yang anda inginkan dan juga pengguna Pandai dapat melibatkan diri dalam pertandingan dan aktiviti menarik yang dianjurkan di dalam aplikasi Pandai.

2) MC+ / MC Plus

MC+ atau MC Plus menawarkan tuisyen online yang terbesar di Malaysia dengan pengajar-pengajar yang aktif dengan membuat konten pengajaran. Mereka menawarkan pakej yang khas untuk setiap subjek yang anda inginkan dengan jumlah subjek yang banyak. Selain itu, MC+ juga mempunyai pakej untuk pelajar sekolah rendah! Walau bagaimanapun, tuisyen online yang ditawarkan mempunyai jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Ini mengehadkan komitmen pengajar untuk fokus pada prestasi setiap pelajarnya. Selain itu, jadual yang padat juga memberi kemungkinan kepada pelajar untuk ketinggalan dalam sesi pembelajaran. Akhir sekali, MC+ juga sering menganjurkan Seasonal Event seperti Mengaji Marathon yang boleh disertai oleh para pelajar.

TahapTahun 5 – Tingkatan 5
Mata pelajaran utamaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, dan Geografi
Mata pelajaran elektifBiologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Ekonomi dan Perakaunan
Pakej dan Harga Upper Primary(1 subjek) = RM39, Gold(2 subjek) = RM119, Platinum(2 subjek) = RM159
Lower Secondary(1 subjek) = RM45, Gold(2 subjek) = RM129, Platinum(2 subjek) = RM165
Upper Secondary(1 subjek) = RM59, Gold(2 subjek) = RM159, Platinum(2 subjek) = RM209
Kekerapan1 kali seminggu bagi 1 subjek
Rakaman30 hari rakaman

3) PTTI

PTTI menawarkan live tuition atas talian buat hampir kesemua subjek dalam SPM, serta pakej pembelajaran yang dibuat khusus mengikut aliran kelas seperti Sains Tulen, Sastera dan lain-lain. Pelajar mereka juga boleh mendapatkan akses kepada rakaman video pembelajaran dan sesi tuisyen one-to-one bersama pengajar mereka.

TahapTahun 6 – Tingkatan 5
Mata pelajaran utamaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam
Mata pelajaran elektifPerniagaan, Matematik Tambahan, Bahasa Arab, Perakaunan dan Ekonomi
Pakej dan Harga OTC Bronze (Tahun 6 – Ting 3) = RM148
OTC Bronze (Teras/ Sains Tulen) = RM198
OTC Silver (Teras/ Sains Tulen) = RM250
OTC Elite (Teras/ Sains Tulen ) = RM350
Kekerapan1 kali seminggu bagi 1 subjek
RakamanRakaman semua kelas tanpa had

 4) GuruLab

GuruLab menyediakan live tuition atas talian khas untuk mereka yang ingin cemerlang dalam subjek  Bahasa Inggeris. Guru-guru mereka bukan sahaja berkelayakan namun mempunyai pengalaman dalam menanda kertas peperiksaan PT3 dan SPM. GuruLab hanya menawarkan satu subjek sahaja, iaitu Bahasa Inggeris. GuruLab adalah pengajar yang CEFR-aligned serta memperoleh kelayakan yang diperlukan untuk peperiksaan PT3, SPM, UEC dan IGCSE. Mereka juga menggunakan teknologi data-driven untuk track prestasi pelajar-pelajar dan menghasilkan pengajaran yang lebih efektif.

CEFR-alignedTingkatan 3 – Tingkatan 5
Mata pelajaran utamaBahasa Inggeris
Mata pelajaran elektifTiada
Pakej dan Harga Harga yang ditawarkan untuk seorang pelajar adalah RM150.
Kekerapan6 kali sebulan
RakamanTiada

5) Ilmu Studio

Ilmu Studio menawarkan video rakaman pengajaran, nota dan latihan percuma selama 7 hari bagi anda yang ingin mencuba dahulu pakej mereka. Oleh itu, anda boleh mempertimbang dengan lebih baik pilihan live tuition atas talian yang terbaik untuk anda! Bukan itu sahaja, bayaran akan dikenakan mengikut subjek dan bukan secara pakej. Sesuai untuk anda yang ingin mengambil tuisyen untuk subjek tertentu sahaja!

TahapTahun 1 – Tingkatan 5
Mata pelajaran utamaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi
Mata pelajaran elektifBiologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Perakaunan, Ekonomi dan Perniagaan
Pakej dan Harga Tahun 1 hingga 6: RM 130 (6 subjek)
Tahun 5 hingga 6 dan Tingkatan 1 hingga 3 = RM 130 (8 subjek)
Tingkatan 4 hingga 5 = RM 180 (10 subjek)
Kekerapan2 kali seminggu bagi 1 subjek
RakamanAkses rakaman 7 hari sahaja

Selamat Mengulang Kaji!

Dengan adanya pelbagai pilihan yang ditawarkan oleh platform tuisyen online, kita boleh mencari pakej yang sesuai dengan keperluan diri. Sebelum membuat pilihan, pastikan anda kaji selidik mengikut keperluan pembelajaran masing-masing, okay? Semoga senarai ini dapat membantu Young Pandai membuat pilihan yang baik!

*Maklumat berubah mengikut konteks yang disediakan dalam setiap Website

Log in or Sign Up at www.pandai.org 
Download Pandai App now via Google Play or App Store.
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#AchieveTogether


Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!