GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandaiProgram

Solusi Untuk Anak Lemah Membaca & Menulis: Program Pemulihan Literasi Mengikut Sukatan KPM

Jika anda sedang risau anak masih belum lancar membaca, keliru menulis atau sukar mengeja perkataan asas… anda tidak keseorangan. Ramai ibu bapa menghadapi situasi yang sama, terutamanya bagi anak yang bakal masuk Tahun 1 dan murid Tahun 1 hingga Tahun 4 yang masih memerlukan bimbingan asas dalam Literasi.

Kelewatan membaca dan menulis bukanlah tanda anak “lembab” atau “tidak boleh belajar”. Setiap anak belajar pada kadar yang berbeza, dan kadang-kadang mereka hanya perlukan intervensi yang betul pada masa yang tepat, mengikut kadar pemahaman mereka sendiri.

Untuk membantu murid di Malaysia menguasai asas membaca dan menulis, Pandai kini memperkenalkan Program Pemulihan Literasi, dibangunkan mengikut sukatan rasmi Program Pemulihan Khas KPM dan dilaksanakan dengan sokongan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh pendidikan dan kemahiran asas murid di seluruh negara.

Program ini bukan sahaja membantu anak anda mengenal huruf dan suku kata, tetapi juga membimbing mereka membina keyakinan membaca — perlahan-lahan, tetapi pasti.

Kenapa Anak Boleh Lemah Membaca & Menulis?

Ramai murid yang kelihatan “lemah” sebenarnya hanya belum menguasai asas penting seperti:

  • Pengecaman huruf (A–Z)
  • Bunyi fonik
  • Suku kata KV, KVK
  • Membina perkataan
  • Menyalin ayat pendek
  • Memahami struktur ayat mudah

Jika asas ini tidak kukuh, anak akan struggle dalam semua subjek lain kerana hampir semua pembelajaran bergantung pada kemahiran membaca dan menulis.

Kelemahan ini boleh berlaku kerana:

  • kurang pendedahan awal
  • tempo belajar terlalu cepat
  • hilang fokus atau mudah tertekan
  • tidak faham kaedah penyampaian guru
  • kurang latihan bersesuaian mengikut tahap
  • malu bertanya atau tidak suka membaca

Apa pun sebabnya, masalah ini boleh diatasi dengan pendekatan yang betul.

1. Ujian Diagnostik Literasi — Kenal Pasti Tahap Anak

Program ini bermula dengan Ujian Diagnostik yang direka untuk:

  • mengesan tahap penguasaan anak
  • mengenal pasti kelemahan sebenar
  • menentukan latihan yang bersesuaian

Ujian ini sangat mudah — hanya beberapa soalan ringkas untuk melihat tahap anak dalam aspek:

  • mengenal huruf
  • membaca suku kata
  • membaca perkataan
  • memahami ayat
  • menulis asas

Keputusan ujian akan membantu ibu bapa faham di mana anak tersangkut, dan apa yang perlu diperbaiki.

2. Latihan Berperingkat — Ikut Tahap & Sukatan KPM

Berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik, anak anda akan diberikan latihan mengikut tahap mereka, bukan ikut “umur”.

Latihan disusun daripada mudah ke kompleks:

✔ Huruf
✔ Bunyi
✔ Suku kata (KV, KVK)
✔ Perkataan
✔ Ayat pendek

Kaedah ini selari dengan apa yang dilakukan oleh guru pemulihan di sekolah — tetapi kini boleh diakses dari telefon bimbit.

Siapa Yang Sesuai Menyertai Program Ini?

Program Pemulihan Literasi sesuai untuk:

  • anak yang bakal masuk Tahun 1
  • murid Tahun 1–4 yang lemah membaca
  • murid yang keliru suku kata & mengeja
  • anak yang membaca terlalu perlahan
  • murid yang tidak minat membaca kerana kurang yakin
  • murid yang memerlukan pembelajaran lebih perlahan
  • murid pemulihan khas
  • murid yang tertinggal asas semasa PDPR

Pendek kata — program ini sesuai untuk semua anak yang memerlukan bantuan asas Literasi.

PERCUMA untuk Semua Pengguna Pandai

Dengan sokongan MPOC, Pandai membuka akses Percuma kepada seluruh murid di Malaysia. Tiada yuran. Tiada limit masa. Tiada keperluan untuk upgrade. Tujuan kami adalah memastikan setiap murid mempunyai peluang yang sama untuk belajar asas membaca dan menulis dengan yakin.

Cara Akses Program Pemulihan Literasi dalam Pandai

Sangat mudah — hanya beberapa langkah:

  1. Buka aplikasi Pandai
  2. Login sebagai pelajar
  3. Pergi ke Class
  4. Tekan Browse Class
  5. Pilih Program Pemulihan Literasi
  6. Tekan Enroll dan mulakan Ujian Diagnostik sebelum ke set latihan

Program akan terus susun latihan mengikut tahap anak anda.

Bantu Anak Mula Dari Asas, Tanpa Tekanan

Kemahiran membaca dan menulis ialah asas untuk semua pembelajaran.
Jika anak lemah sekarang, ini bukan penghujung — ini permulaan baru dengan bimbingan yang betul.

Dengan Program Pemulihan Literasi Pandai yang dibina mengikut sukatan KPM dan disokong oleh MPOC, anda kini boleh membantu anak membina asas membaca dengan lebih yakin, mudah dan tersusun.

Sertai Program Pemulihan Literasi hari ini
Percuma dalam aplikasi Pandai.

Bantu anak bina keyakinan membaca, langkah demi langkah.

Related posts
ArticlesCorporateNewsPandaiProducts

Malaysia’s Best Digital Learning App for Students – Pandai App

ArticlesCorporateNewsPandaiProducts

Pandai Live Tuition: The Best Interactive Online Tuition Class in Malaysia

ArticlesNewsPandaiProgram

Live Tuition Open Week: 131 Jam Kelas Tuisyen PERCUMA

ArticlesCorporateNewsPandaiProgram

Pandai Awards Ceremony 2025 Raih Malaysian Book of Records Lagi! - Kejayaan Murid, Guru dan Ibu Bapa Seluruh Negara Diraikan